BARU selesai menyanyikan lagu kebangsaan negara masing-masing penyokong Brazil dan Argentina mula membuat kecoh meskipun perlawanan belum lagi dimulakan.
Itulah situasi tegang yang berlaku dalam perlawanan di antara Brazil dan Argentina bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang berlangsung pada Rabu.
Ketegangan di antara kedua-dua penyokong itu memaksa pemain-pemain Argentina dan Brazil untuk campur tangan bagi menenangkan situasi panas yang berlaku tersebut.
Pegawai keselamatan terpaksa mengambil tindakan agresif dengan memukul sebahagian penyokong menggunakan cota sehingga ada yang tercedera.
Malah tular di media sosial gambar seorang penyokong Brazil terpaksa dikejarkan ke hospital akibat insiden pergaduhan tersebut.
Kapten Argentina, Lionel Messi antara individu terawal yang menyedari insiden pergaduhan itu sebelum memaklumkannya kepada pegawai keselamatan untuk tindakan susulan.
Messi turut membuat keputusan untuk pergi ke kawasan penyokong bersama rakan sepasukan yang lain bagi membantu mengawal keadaan tersebut meredakan ketegangan.
Today Argentina vs Brazil game. Big fight with police and Argentines fan#Messi #Argentine #BRAxARG pic.twitter.com/CWJDIr5GXd
— Tanveer (@Tanveer00797931) November 22, 2023
Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama 30 minit bagi memberi peluang kepada pihak keselamatan untuk meredakan ketegangan yang berlaku itu.
Dalam aksi tersebut, Argentina berjaya menewaskan tuan rumah dengan keputusan 0-1 hasil tandukan Nicolas Otamendi pada minit ke-63 permainan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram