Lepas Kedah, giliran Kuching City pula rasai magis Aidil Sharin


  • Podium
  • Sabtu, 04 Nov 2023

Aidil dilantik skuad The Cats pada Ogos lalu bagi menggantikan Irfan Bakti Abu Salim yang meninggalkan jawatan itu. — Facebook/Kuching City FC

KUCHING City FC merekodkan kemenangan bermakna apabila menundukkan Kelantan United FC 2-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan pada Sabtu.

Skor akhir tersebut menyaksikan mereka mara ke perlawanan akhir MFL Challenge Cup 2023 dengan aregat 3-1 selepas aksi pertama menamatkan dengan keputusan 1-1.

Jaringan Abu Kamara dan Bruno Dybal pada pertembungan berkenaan sudah cukup untuk membawa kelab Borneo berkenaan ke pentas final.

Kemaraan terbabit pastinya memberikan satu kenangan manis buat skuad The Cats dalam musim pertama mereka beraksi dalam divisyen teratas bola sepak negara.

Pujian pastinya diberikan kepada ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak yang menyuntik aura baharu buat Kuching City FC sejak dilantik pada Ogos lalu.

396700783_18240563803233453_1474277910113437931_n

Abu Kamara menjaringkan gol penting untuk memastikan kemenangan berpihak kepada skuad The Cats. Facebook/Kuching City FC

Pendekatan taktikalnya dilihat cukup membuahkan hasil apabila pasukannya mudah menyingkirkan Kedah Darul Aman (KDA) FC di peringkat suku akhir dan Kelantan United di separuh akhir.

Sentuhannya buat Kuching City FC boleh dianggap magis memandangkan kelab itu bergelut sebelum kehadirannya dengan jurang kualiti dengan pihak lawan membezakan mereka.

Malah, perkara itu turut diakui penyokong pasukan lamanya, Kedah FA yang pernah menjulang Piala FA dan layak ke pentas akhir Piala Malaysia dalam tahun debutnya dalam Liga Super pada 2019.

FW911350_KL52_270719_JUARA__BN201907246172-960x640

Kedah FA muncul juara Piala Malaysia dalam musim debut Aidil dalam Liga Super.

Sekiranya Aidil berjaya membantu Kuching City FC meraih kejayaan di pentas akhir, ia merupakan pencapain terulung dalam sejarah kelab yang tidak pernah menjulang trofi kompetetif sebelum ini.

Ia sekali gus akan mengesahkan status jurulatih kelahiran Singapura itu sebagai antara yang terbaik sepanjang lapan tahun mereka mewarnai arena bola sepak tempatan.

Impaknya turut dirasakan dalam Liga Super apabila skuad The Cats merekodkan keputusan lebih baik dalam setiap perlawanan meskipun masih belum merasai kemenangan setakat ini.

Kuching City FC bakal menunggu satu lagi perlawanan separuh akhir MFL Challenge Cup pada Ahad dengan PDRM FC dan Penang FC akan berentap untuk merebut slot masing-masing. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram