Bekas bintang Kedah beri petanda sertai JDT?


  • Podium
  • Jumaat, 03 Nov 2023

Sebahagian aksi barisan pemain JDT yang meraikan kemenangan selepas membelasah Perak FC dalam aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023. — Facebook/MFL

PASUKAN gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) pastinya memiliki peminat tersendiri baik dalam kalangan penyokong mahupun pemain bola sepak Liga Malaysia sendiri.

Rasa minat terhadap sesebuah kelab itu tentunya diterjemah dengan memiliki merchandise termasuk jersi pasukan terbabit. Jadi tidak salah rasanya jika pakaian itu disarung sebagai pemakaian kasual bersama jeans ataupun digunakan untuk aktiviti sukan.

Begitulah yang mungkin ingin disampaikan oleh bekas pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC apabila dia dilihat mengenakan jersi JDT ketika melakukan aktiviti senaman di sebuah gimnasium.

Namun dengan Liga Super yang bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, tindakan Dechi Marcel N'Guessan menyarung jersi JDT membuka ruang untuk peminat membuat spekulasi kononnya dia ingin berbakti bersama pasukan yang berpangkalan di Selatan tanah air itu.

Dechi Marcel berkongsikan rutinnya di gimnasium menerusi satu perkongsian video di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

WhatsApp Image 2023-11-03 at 17.28.50

Tangkap layar memaparkan Dechi Marcel yang sedang berlatih memakai jersi JDT. — Instagram/dechkani10

Dalam hantaran tersebut, Dechi atau pernah digelar Kante Kedah oleh penyokong Hijau Kuning dilihat sedang berlatih di sebuah gim iaitu Axis Physiotherapy & Fitness Studio, Selangor dengan memakai jersi rasmi Harimau Selatan.

Ramai peminat membuat andaian kononnya dengan kehadiran bintang Ivory Coast itu ke JDT akan membuatkan beberapa kelab lain tidak senang duduk termasuklah bekas majikannya, Kuching City FC.

The Cats yang akan terus dikendalikan oleh Aidil Sharin Sahak pada musim depan ketika ini berada dalam momentum yang baik.

Bagaimanapun, kepulangan Dechi Marcel ke Liga Malaysia hanyalah khabar angin memandangkan tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana kelab termasuk JDT dan Kuching City.

Sebelum ini, pemain berketinggian 1.64 meter itu sudah mengikat kontrak bersama The Cats sebelum jendela perpindahan kedua ditutup untuk musim ini.

Marcel adalah pemain lincah dengan kawalan bola yang baik dan pernah beraksi bersama UiTM FC dan Terengganu FC II sebelum diserapkan ke skuad senior. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram