Statistik buktikan Terengganu kuat menyerang, tapi kualiti penyudah membimbangkan


  • Podium
  • Ahad, 22 Okt 2023

Terengganu menewaskan KL City tetapi penyokong masih tidak senang dengan kualiti penyudah. — Facebook/Terengganu FC

TERENGGANU FC berjaya meraih satu lagi kemenangan dalam saingan Piala Malaysia musim ini selepas membenam cabaran Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi separuh akhir pertama.

Menewaskan skuad Warga Kota dengan jaringan 1-2 di Cheras, pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner meneruskan momentum kebangkitan minit akhir Terengganu pada penghujung saingan musim Liga Malaysia.

Kini berkelebihan untuk mara ke perlawanan akhir, Terengganu perlu memastikan keputusan positif diraih pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak untuk menempah pertemuan sama ada bertemu Johor Darul Takzim atau Perak FC.

Kemenangan ke atas KL City itu mungkin dapat melegakan penyokong yang bertandang ke Cheras, namun ia tidak dapat menyembunyikan kerisauan terhadap kualiti serangan Terengganu.

Hal ini kerana, kualiti serangan Terengganu dilihat amat membimbangkan. Walaupun statistik menunjukkan Terengganu kerap melakukan percubaan, tetapi ia tidak berjaya diterjemah kepada bentuk jaringan.

Situasi tersebut jelas membuatkan penyokong berasa Terengganu tiada pilihan melainkan mendapatkan penyerang baharu. Hal ini kerana, jika penyerang utama pun sudah 'barai', apatah lagi yang berstatus simpanan?

"Ikut statistik Terengganu FC ni antara pasukan paling tinggi penguasaan bola dan percubaan dan juga paling tinggi lepaskan deretan peluang gol yang ada. Kalau masing-masing tajam dan klinikal depan gol memang tinggi purata gol per perlawanan tapi itu lah," kata penyokong Faizwan Faez.

"Berlambak buat peluang nak sumbat gol, kalau boleh dah kenduri gol lawan KL. Terengganu tak ada pemain yang tajam depan gol, bawa masuk Adisak Kraisorn pun bukan penyerang tajam," ujar Bro Pe'ja.

"Tambah sikit lagi keyakinan untuk jaringkan gol," komen Ahmad Khairimi.

"Cari penyerang macam Bergson tahun depan," cadang Aidil Adha.

395215041_316106377797470_2426467528311606547_n

Sony Norde antara yang menjadi sasaran kritikan penyokong Terengganu. — Facebook/Terengganu FC

Selain daripada isu penyudah tumpul, penyokong Terengganu turut berasakan perlunya kualiti komunikasi dalam kalangan pemain perlu dibaiki kerana ia kerap menimbulkan salah faham ketika perlawanan.

"Selain sentuhan penyudah, komunikasi juga perlu ditajamkan. Banyak salah faham berlaku antara pemain, itu penyebab ketara yang buatkan gagal manfaatkan peluang.

Kalau Ivan Mamut dan Sony Norde tu nampak sukar pemain lain nak baca cara dia main, kadang-kadang tamak, kadang-kadang dermawan, kadang-kadang rakan ingat nak hantar bola tapi dia rembat, begitu juga sebaliknya. Jadi perbetulkan dan kemaskan dalam latihan," kata Mat Jenin.

Pastinya Terengganu bukanlah pasukan bermasalah untuk mencipta peluang, jika ia berjaya diterjemahkan dengan baik sudah semestinya mereka dapat meraih kemenangan lebih selesa.

Terengganu akan melayan KL City pada aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia pada 3 November. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram