[VIDEO] Gagal manfaat peluang keemasan, Darwin Nunez kena bahan rakan sepasukan


  • Podium
  • Jumaat, 27 Okt 2023

Sebahagian aksi Nunez dilihat kecewa apabila tendangannya terkena tiang. — Majoriti

REAKSI rakan sepasukan penyerang Liverpool, Darwin Nunez mencuri tumpuan penyokong bola sepak tanah air mahupun luar negara.

Hal ini kerana, kegagalan penyerang Uruguay itu menjaringkan gol membuatkan dirinya menjadi 'bahan' rakan sepasukan.

Momen mencuit hati itu berjaya dirakam apabila tendangan Nunez yang menghala ke pintu gawang terkena tiang.

Meskipun begitu, bola itu kembali ke dalam permainan dan Ryan Gravenberch berjaya menjaringkan gol pada minit ke-65 itu dengan tenang.

Nunez bagaimanapun membantu Liverpool dengan mencetak satu gol pada minit 34.

Dalam perlawanan itu, Liverpool menewaskan Toulouse dengan keputusan 5-1 dalam aksi Liga Eropah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram