Harith Haikal pamer kesetiaan, memori Selangor benam Penang 2 tahun lalu segar di ingatan


  • Podium
  • Jumaat, 27 Okt 2023

Sebahagian aksi barisan pemain Selangor ketika menewaskan Penang dalam aksi Liga Super musim 2021. — Facebook

PERLAWANAN Liga Super bakal kembali mewarnai liga bola sepak tanah air dengan pertembungan menarik antara Selangor FC berdepan Perak FC yang akan berlangsung pada 25 November nanti.

Pasukan Selangor FC disaran agar memanfaatkan peluang tersebut untuk meraih tiga mata sekiranya ingin kekal berada pada kedudukan kedua liga.

Pastinya setiap pasukan Liga Malaysia sudah pun memulakan sesi latihan menjelang persiapan dalam aksi liga tersebut.

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian daripada laman rasmi Selangor FC, bek tengah tempatan, Harith Haikal Adam Afkar dilihat bermain satu permainan yang diberi nama 'Masihkah Kau Ingat?'.

Dalam video tersebut, Harith diberi tugasan untuk mengingat kembali perlawanan Liga Super musim 2021 ketika Selangor berdepan Penang FC.

Ditanya mengenai keputusan dan pemain pertama yang menjaringkan gol ketika perlawanan tersebut, bek tengah Selangor itu berjaya menjawab dengan betul soalan tersebut.

"Keputusan perlawanan berdepan Penang adalah 4-1 dan dijaringkan oleh Ifedayo Olusegun," katanya.

Selain Ifedayo, Danial Asri dan Sean Eugene Selvaraj antara yang turut membantu Gergasi Merah meraih kemenangan ketika itu.

Dalam pada itu, Harith Haikal turut dilihat hampir menjawab kesemua persoalan mengenai kesebelasan utama dengan tepat.

"Antara pemain kesebelasan utama ketika itu ialah (Yan) Khairulazhan Khalid sebagai penjaga gol, bek tengah pula ialah (Afro) Sharul Nazeem dan Ashmawi Yakin.

"Selain itu, Syahmi Safari, R. Dinesh, A. Shivan, Mukhairi Ajmal, dan Hein Htet Aung antara kesebelasan utama membantu Selangor ketika itu," kongsinya.

Sebelum ini, Harith Haikal didaftarkan dalam skuad Selangor II, namun diserap masuk ke dalam skuad utama selepas menunjukkan prestasi yang baik dalam latihan dan saingan Liga Perdana.

Dalam pada itu, Harith Haiqal mula menyertai skuad utama Selangor adalah ketika Liga Super 2021.

Untuk rekod, Harith sebelum ini merupakan produk Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Johor dan berada dalam skuad B-19 negara dalam Kejohanan AFF B-18 musim 2019. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram