Muda dan berbakat! Jing Xuen, permata golf negara kian bersinar di persada antarabangsa


  • Podium
  • Isnin, 13 Nov 2023

Mewakili tuan rumah, Kelly Tan (baju kuning) mengetuai Malaysia dalam cabaran kejohanan Golf Wanita Maybank. — Facebook/Legasilagenda

KEJOHANAN Golf Maybank yang menemui peminat di Malaysia baru melabuhkan tirai pada 29 Oktober selepas enam tahun menyepi.

Kejohanan berprestij yang diiktiraf Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) itu bermula 26 hingga 29 Oktober 2023 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) dan disertai 68 pemain profesional.

Selain itu, LGPA kali ini menjadi tumpuan berikutan penglibatan pemain di ranking teratas dunia terutamanya dari ASEAN dan juga Asia.

Malah, kejohanan berkenaan turut membabitkan penyertaan pemain nombor satu golf wanita negara, Kelly Tan.

Kelly yang mengetuai cabaran Malaysia dengan lima lagi pemain muda mengiringinya, antaranya pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, Ng Jing Xuen yang hanya berusia 15 tahun.

Aksi di KLGCC menghidangkan persembahan cukup sengit kerana ada daripada mereka yang memiliki pengalaman beraksi di venue berkenaan selain memahami cabaran dihadapi.

photo_6181456038260226137_y

Kelly Tan mewakili negara sebanyak dua kali di Sukan Olimpik, akan mengetuai cabaran wanita negara pada kejohanan yang diiktiraf LPGA. — Instagram/kellytan33

Kelly kini tampil dengan aura yang lebih matang pada Kejohanan Golf Maybank LPGA 2023 selepas enam tahun kejohanan itu menghilang daripada landskap sukan golf negara.

Mengulas mengenai penampilan pemain muda negara di kejohanan itu, Kelly berkata, negara tidak ketandusan bakat apabila pemain muda menunjukkan kemampuan mereka beraksi di pentas antarabangsa.

Selain itu, Kelly yang menzahirkan keterujaannya untuk kembali beraksi di tanah air sendiri berharap dapat mempamerkan aksi terbaiknya pada kejohanan kali ini.

Pastinya tahap permainan ditampilkan sedikit berbeza dibandingkan ketika Kejohanan Golf Sime Darby LPGA 2017.

"Ia akan menjadi satu acara yang cukup bermakna untuk semua orang, terutamanya rakyat negara ini kerana ia adalah platform terbaik untuk mendidik pemain lebih muda.

"Saya juga ingin katakan bahawa ada hari yang mana permainan kita akan sedikit terjejas dan ada kalanya ia berjalan lancar. Jadi, untuk menguruskannya, kita perlu beraksi seperti mana kita menguruskan rutin harian," katanya.

Di samping itu, Kelly turut berkongsikan bahawa kejayaan seseorang bukan bergantung kepada keadaan lapangan golf, sebaliknya bergantung sejauh mana keyakinan pemain mempamerkan aksi.

Disebabkan itu, Kelly berpandangan bahawa beraksi di KLGCC dijangka tidak memberi kelebihan kepada pemain tempatan.

photo_6181456038260226136_x

Jing Xuen menegaskan menilai keadaan lapangan dan membuat keputusan merupakan aspek penting dalam mendapatkan keputusan baik. — Instagram/jx_jing.xuenn

Dalam pada itu, nama pemain amatur negara, Jing Xuen sebelum ini bukan lagi nama asing dalam sukan golf tanah air.

Ini selepas pemain berusia 15 tahun itu menjadi pemain golf wanita pertama Malaysia memenangi emas individu dalam Sukan SEA di Kemboja, 2023 juga meruoakan penerima tawaran biasiswa daripada Amerika Syarikat (AS).

Kali terakhir Malaysia mengecap kejayaan dalam acara wanita adalah menerusi trio Lim Ai Lian, Lim Siew Ai dan Irene Yeoh, yang merangkul emas berpasukan pada edisi 1993 di Singapura.

Dengan potensi yang besar dan kejayaannya di Sukan SEA, Jing Xuen tidak menunggu lama menerima 'pelawaan' menyertai kejohanan bertaraf dunia apabila namanya disenarai dalam kalendar LGPA buat kali pertama.

Sebagai antara pemain paling muda dalam Golf Maybank, Jing Xuen melahirkan ucapan terima kasih kepada LPGA dan Maybank kerana memberi peluang berharga bersaing dalam pertandingan berprestij itu.

Mengulas mengenai pengalamannya bermain di kejohanan bertaraf dunia ini, Jing Xuen berkata, dia sudah cukup bersedia untuk berdepan apa juga kejoahan dan sentiasa berada dalam momentum yang baik.

"Pada saya, gaya permainan terbaik adalah dengan fokus dengan situasi semasa dan tidak perlu memikirkan hal-hal lalu serta cuba lakukan yang terbaik.

"Itulah yang paling penting, kita perlu melupakan hal lalu kerana apa sekali pun, tekanan semestinya ada. Jadi, kita perlu mengubah pemikiran semasa di atas padang," katanya.

Pemain amatur itu juga berharap agar dia tetap tenang saat berdepan kelompok pemain handalan dunia.

photo_6181456038260226135_x

Nelly Korda yang kali terakhir beraksi pada Kejohanan Sime Darby LPGA pada 2017 teruja untuk bermain sekali lagi di negara ini. — Instagram/nellykorda

Kejohanan Golf Maybank kali ini turut diserikan dengan penyertaan bintang nombor 4 dunia, Nelly Korda.

Nelly Korda sebelum ini pernah bermain di bumi Malaysia pada 2017 ketika dia masih bergelar pemain 'rookie' pada 2017.

"Saya masih ingat ketika saya tiba di sini sebagai seorang pemain baharu pada 2017. Saya juga cukup gembira bermain di bawah cuaca panas kerana ia mengingatkan saya cuaca di tempat asal saya.

"Saya juga cukup berpuas hati dengan padang golf dan Malaysia kerana kesemua daripada jelajah ini berkait dengan keterujaan saya untuk pulang ke sini. Selain itu, saya juga tertarik untuk beraksi di rumput jenis Bermuda kerana saya membesar dengannya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram