[VIDEO] Pernah malukan JDT di ACL, ada baik buruknya jika bintang Liga Jepun ke Selangor musim depan


  • Podium
  • Ahad, 24 Sep 2023

Junker pernah membolosi gawang gol JDT ketika menewaskan Harimau Selatan dengan keputusan 5-0 pada 19 Ogos 2022.

SELANGOR FC dalam landasan terbaik untuk kembali ke pentas Asia pada musim depan selepas kali terakhir beraksi di Piala AFC pada 2016.

Hanya perlu menang baki perlawanan Liga Super, Selangor akan dinobatkan sebagai naib juara sekali gus menempah slot ke pentas Asia selepas Johor Darul Takzim telah memenangi Piala FA musim ini.

Namun jika hendak ke Asia, Selangor dilihat perlu mengukuhkan beberapa posisi kritikal untuk pergi lebih jauh dalam kejohanan itu.

Untuk mengharapkan Ayron del Valle mencetak jaringan berseorangan dilihat tidak akan memberi kesan yang efektif buat Gergasi Merah.

Disebabkan itu, penyokong Selangor berhasrat untuk melihat bekas pemain Urawa Red Diamonds, Kasper Junker mengetuai barisan serangan bersama-sama Ayron musim depan.

Majoriti senaraikan pro-kontra jika Junker menyertai Selangor untuk musim hadapan:

Pro:

1. Pengalaman

Pemain kelahiran Denmark itu mempunyai pengalaman luas di Eropah dan Jepun dan beraksi di beberapa pasukan gergasi seperti Randers FC, FK Bodo/Glimt dan Urawa Reds Diamond.

Ketika beraksi untuk FK Bodo/Glimt, Junker berjaya melakukan penampilan sulung dalam kejohanan UEFA Europa League (UEL) dan menjaringkan satu gol.

Pemain berusia 29 tahun itu juga menjadi penjaring terbanyak Liga Norway apabila menjaringan 27 gol pada musim 2019/20.

Selain itu juga, dia berjaya membantu dua pasukan yang diwakilinya FK Bodo/Glimt dan Urawa Red Dimonds menjuarai trofi penting seperti Norwegian Champion, Japanese Cup dan AFC Champions League (ACL).

Junker juga pernah merekodkan jaringan ke atas Johor Darul Takzim (JDT) dalam perlawanan pusingan ke-16 ACL pada musim lalu.

2. Rekod gol

Junker telah membuktikan bahawa dia merupakan penyerang paling berbisa apabila rekod jaringan yang luar biasa.

Musim ini, Junker dipinjamkan ke kelab Jepun, Nagoya Grampus dan telah menjaringkan 12 gol, tiga assist dalam 27 penampilan.

Sejak berkelana di Jepun, bekas pemain muda kebangsaan Denmark itu merekodkan 40 gol dan lapan assist dalam kesemua kejohanan domestik negara Matahari Terbit tersebut sejak 2021.

Selain beraksi di posisi penyerang, Junker juga boleh bermain sebagai pemain sayap kiri dan kanan.

Urawa Reds' Danish forward Kasper Junker reacts at the end of the AFC Champions League semi-final football match between South Korea's Jeonbuk Hyundai Motors FC and Japan's Urawa Red Diamonds in Saitama, on August 25, 2022. (Photo by Kazuhiro NOGI / AFP)

Junker musim ini beraksi untuk Nagoya Grampus.

Kontra:

1. Tebus Kontrak

Di sebalik kelebihan yang ada pada bekas penyerang bawah 21 tahun Denmark, Selangor perlu menerima hakikat bahawa terdapat beberapa kekurangan yang bakal dihadapi jika membawa masuk Junker.

Selangor perlu membayar lebih kepada kelabnya iaitu Urawa Reds Diamond sekiranya mereka ingin menggunakan khidmatnya.

Hal ini disebabkan, Junker masih terikat dengan kontrak dan kelab yang ingin merekrutnya perlu membayar pampasan yang tinggi dengan harga pasaran semasanya.

Berdasarkan laman Transfermarkt, Junker akan pulang ke pangkuan kelabnya pada 31 Disember 2023.

2. Adaptasi Liga Malaysia

Mungkin dengan rekod cemerlang yang dibawa oleh Junker bakal memberi harapan setinggi gunung buat penyokong Selangor yang mahukan kejayaan segera.

Melihat kepada beberapa pemain berstatus bintang yang berjaya di Eropah tidak semestinya dapat mengulangi kejayaan itu dalam negara ini.

Ia kerana corak permainan, permukaan padang dan aksi yang lebih fizikal mempengaruhi segala aspek untuk pemain itu cepat berjaya dalam Liga Malaysia.

Penyokong Liga Malaysia juga tidak boleh menunggu masa yang lama untuk melihat pemain import itu memberikan impak positif buat pasukan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram