'Muka tarak senyum', penyokong setia titip pesanan buat pemain Sang Kenari


  • Podium
  • Ahad, 24 Sep 2023

Penyokong mendakwa pemain-pemain Kedah dilihat tidak gembira kerana dakwaan tunggakan gaji.

KEDAH Darul Aman (KDA) musim ini dikategorikan sebagai pesaing terdekat untuk merebut naib juara untuk saingan Liga Super dengan mereka hanya dibezakan lima daripada Selangor yang kini berada di kedudukan kedua dengan 49 mata.

Walaupun kekal konsisten di saingan utama Liga Malaysia (Liga M) itu namun skuad Hijau Kuning gagal untuk memberikan persembahan cemerlang untuk kejuaraan lain seperti Piala Malaysia dan Piala FA.

Perjuangan Piala Malaysia bagi skuad berpangkalan di Kedah tersebut terhenti pada pusingan ke-16 manakala Piala FA pula, skuad Sang Kenari tersungkur di pusingan pertama kejohanan tersebut.

Baru-baru ini, skuad kendalian Nafuzi Zain tewas tipis 0-1 di tangan Kuching City FC dalam aksi suku akhir MFL Challenge Cup di Stadium Negeri, Sarawak sekali gus memberi gambaran bahawa pasukan tersebut dalam masalah.

Ia kerana selepas kekalahan itu secara tidak langsung dikaitkan dengan khabar angin yang mengatakan wujudnya isu dalaman yang dihadapi pasukan Utara tanah air berkenaan tentang soal gaji.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Khamal Idris Ali pula enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai isu kontroversi yang menimpa kem KDA FC.

382349714_350058787375305_9086361641484074523_n

Sesi latihan pasukan Kedah.

Sementara itu, KDA FC memuat naik gambar sesi latihan pasukan yang mana menarik perhatian penyokong selepas melihat muka para pemain Sang Kenari.

Antara pemain yang menjadi perhatian ialah kapten pasukan, Manuel Ott yang menjadi tonggak utama Nafuzi Zain untuk melancarkan corak permainan 'Nafuzi Ball'.

Penyokong turut menitipkan pesanan khas buat para pemain untuk terus bermain demi pasukan meskipun didakwa tidak mendapat gaji.

"Mainlah demi pasukan apa-apa masalah tolak tepi dulu, kerana penyokong akan hadir melihat pejuangan pemain dan secara terus menyumbang kepada kewangan pengurusan," kata Diazrehar Sukty.

"Muka macam tak gembira saja," luah Syafiq Izz.

"Muka 'tarak' senyum, gaji tak masuk," dakwa Johari Ahmad.

"Teruk-teruk berlatih buat apa, dah tahu nak jadi apa," jelas Muhd Daud Ahmad.

"Cubalah belajar dari kesalahan yang lalu, ambil iktibar," kata Siti Halijah.

Di sebalik kesahihan isu tunggakan gaji itu, majoriti peminat KDA FC berharap pemilik kelab yang juga usahawan tanah air, Tan Sri Mohd Daud Bakar akan menyelesaikan isu dalaman berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram