Aksi cemerlang Darren Lok lawan Hougang United dapat pengiktirafan media antarabangsa


  • Podium
  • Jumaat, 22 Sep 2023

Darren berjaya menjaringkan dua gol ketika membantu Sabah FC menewaskan Hougang United 3-1 pada Khamis. — AFC

KECEMERLANGAN Darren Lok menjaringkan dua gol ketika membantu Sabah FC menewaskan Hougang United FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H Piala AFC pada Khamis turut mendapat pengiktirafan media antarabangsa.

Perlawanan sengit itu menyaksikan Sabah berjaya mendapatkan kemenangan pertama selepas 28 tahun tidak beraksi di pentas Asia.

Menurut ciapan media antarabangsa, Footy Rankings menyenaraikan Darren Lok sebagai antara penyerang terbaik dalam kesebelasan utama minggu pertama perlawanan Piala AFC.

WhatsApp Image 2023-09-22 at 2.26.32 PM

Ciapan yang dimuat naik oleh Footy Rankings.

Pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan dua gol menerusi tandukan serta tampanan pada minit ke-38 dan sebelum tamat perlawanan.

Selain Darren, bekas pemain import Kelantan FC, Dimitri Petratos juga tersenarai antara penyerang terbaik untuk minggu pertama perlawanan Piala AFC itu.

Petratos turut mengikuti Darren yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D untuk menewaskan Odisha FC dengan keputusan 4-0 di Stadium Kalinga, India.

Dmitri Petratros

Petratros (kanan) ketika beraksi bersama Kelantan FC.

Sebelum ini, Darren bersama skuad kebangsaan berjaya menjaringkan satu gol ketika bertemu Syria dalam perlawanan persahabatan di Chengdu, China baru-baru ini.

Dalam Liga Super, Darren telah merekodkan enam jaringan gol serta satu assist dalam 18 perlawanan setakat ini.

Selepas ini, Sabah akan bertandang ke Ipoh, Perak dalam misi penting untuk layak ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia selepas terikat 2-2 di Stadium Likas pada 15 September lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram