Lemau di Liga Super, 2 'ex' import mula buat perbandingan puji BRI Liga 1 Indonesia


  • Podium
  • Jumaat, 22 Sep 2023

Pertembungan Malaysia dan Indonesia digelar derbi Nusantara.

MALAYSIA dan Indonesia merupakan perseteruan utama bola sepak Asia Tenggara sehingga mendapat gelaran derbi Nusantara jika kedua-dua pasukan itu bertembung sesama sendiri di pentas antarabangsa.

Drama di antara penyokong Indonesia dan Malaysia tidak pernah menemui titik noktah apabila banyak perbandingan dilakukan dari skuad kebangsaan hinggalah kualiti liga bola sepak.

Ia dihangatkan apabila kebanyakan pemain-pemain import mengeluarkan beberapa kenyataan apabila membuat perbandingan beraksi dalam Liga Indonesia dan Malaysia.

WhatsApp Image 2023-09-22 at 4.20.01 PM

Kenyataan yang dibuat dua bekas pemain import Liga M.

Baru-baru ini, bekas pemain import Negeri Sembilan, Levy Madinda yang kini beraksi di Persib Bandung telah mengeluarkan kenyataan yang dirasakan boleh mengundang pertikaian penyokong Malaysia.

"Atmosfera pertandingan BRI Liga 1 (Indonesia) lebih bagus berbanding Malaysia," katanya.

Perkongsian petikan itu dikongsikan oleh Facebook About Persib yang memuat naik kenyataan bekas pemain import Penang dan Kelantan FC, Christian Rontini yang kini beraksi bersama Persita Tangerang.

"Level pasukan BRI Liga 1 sangat berbeza dari Malaysia kerana lebih sistematik," ujarnya.

Untitled design - 1

Rontini sebelum ini beraksi bersama TRW.

Untuk rekod, musim ini, Madinda dan Rontini sempat beraksi dalam Liga Super 2023 sebelum membuat keputusan semasa jendela perpindahan kedua untuk beraksi di Indonesia.

Bersama Negeri Sembilan, Madinda musim ini hanya berjaya melakukan satu gol dan lima bantuan jaringan (assist) dalam 15 perlawanan.

Manakala, Rontini hanya sempat melakukan lima penampilan bersama The Red Warriors (TRW) dan merekodkan satu kad kuning sebelum memilih meninggalkan Kelantan kerana masalah dalaman pasukan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram