Kejohanan Bola Sepak Pekak Dunia: Deaf Tiger mula langkah kiri, hampir ikat Amerika Syarikat


  • Podium
  • Ahad, 24 Sep 2023

Keputusan Deaf Tiger dalam aksi pertama Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia pada Sabtu. — Twitter/Astro Arena

SKUAD bola sepak pekak Malaysia hampir mengikat Amerika Syarikat dalam aksi pertama Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Dunia di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi.

Selepas dibolosi tiga gol dalam separuh masa pertama, skuad negara mula meningkatkan momentum dalam babak berikutnya.

Megat Aniq Muqri menamatkan penantian buat Deaf Tigers apabila merembat masuk jaringannya pada minit ke-64.

Mohd Akeem Mikail kemudian menambah satu lagi jaringan pada minit ke-77 tetapi keputusan 3-2 kekal sehingga ke wisel penamat.

Malaysia seterusnya akan menghadapi Jerman bagi aksi kedua di Stadium UM Arena pada Isnin ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram