CRISTIANO Ronaldo nyaris menyebabkan seorang jurukamera pengsan selepas terkena sepakan percuma semasa perlawanan Saudi Pro League di antara Al-Nassr dan Al-Raed pada Sabtu.
Dalam perlawanan itu tiga pemain bintang Al-Nassr iaitu Sadio Mane, Anderson Talisca dan Ronaldo berjaya membantu pasukan mereka menewaskan Al-Raed dengan keputusan 3-1 di Stadium King Abdullah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh orang ramai di media sosial itu, Ronaldo sedang bersiap sedia untuk mengambil sepakan percuma.
Jurukamera yang menjadi mangsa bola sepakan percuma Ronaldo.
Selepas melepaskan satu rembatan deras, bola Ronaldo itu tidak menerjah ke dalam gol lawan tetapi sebaliknya terkena kepala seorang jurukamera yang berada di belakang gawang gol Al-Raed.
Kesan daripada terkena bola deras oleh Ronaldo itu, jurukamera tersebut tidak dapat mengimbangkan badannya dan nyaris pengsan di tempat kejadian.
Difahamkan jurukamera itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius hanya bengkak di bahagian kepala dengan timbul benjolan yang sangat besar.
Dengan kemenangan itu, Al-Nassr berjaya naik ke tangga keenam dalam Saudi Pro League yang mana mereka mengutip 12 mata dalam enam perlawanan.
Menurut laporan La Gazzetta dello Sport, pemenang lima kali Ballon d’Or winner minggu ini akan mengambil tindakan terhadap bekas pasukannya, Juventus kerana masih terdapat tunggakan gaji sebanyak lebih RM99.44 juta. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram