SEJAK kebelakangan ini, pengguna media sosial sering dihidangkan dengan berita mengenai pertengkaran ketika perlawanan bola sepak sosial berlangsung.
Pertelingkahan antara satu sama lain, termasuk keganasan yang dilepaskan terhadap pengadil merupakan antara contoh untuk menceritakan mengenai kejadian berkenaan.
Insiden sebegini hanya akan menyebabkan orang ramai kurang tertarik dengan sukan bola sepak selain mencetuskan pandangan tidak baik mengenainya.
Baru-baru ini, kes sedemikian tercetus dalam satu perlawanan sosial yang tidak dikenal pasti lokasinya, namun sempat dirakam dan dikongsikan di akaun Facebook Cakap Sukan.
Menerusi video yang dikongsikan itu, kelihatan seorang penyokong tidak berpuas hati dengan pengadil semasa perlawanan sedang berlangsung.
Ia memaksa pengadil itu lari menyelamatkan diri ke arah penyokong-penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.
Tindakan amukan lelaki itu dihalang oleh pemain serta penyokong yang berada di kawasan kejadian.
Namun apa yang menarik minat orang ramai ialah reaksi pengadil yang dilihat berlari sambil tersenyum meskipun dikejar dengan penuh perasaan marah oleh lelaki terbabit.
Berdasarkan pemerhatian Majoriti di ruangan komen, orang ramai terhibur dengan aksi kejar mengejar itu dan ada juga mempersoalkan punca pergaduhan walhal perlawanan tersebut hanya berstatus amatur.
"Liga t**k lembu pun mahu gaduh ke?" soal Syed Condo Al Idrus.
"Dia mengamuk ke atau tengah seronok masuk pertandingan marathon," ujar Shahzidane Zainudin.
"Selepas ini syarat utama pengadil mesti ada sijil persilatan," kata Mohamad Mohamad.
"Sekarang ini pengadil itu tengah ketawa ke senyum? Tenang berlari tanpa fikirkan masalah," jelas Muhd Fikry.
"Ingatkan dekat konoha tadi sebab jarang kita dekat sini macam itu," luah Aizad Nurhaimin.
Namun, sehingga kini, masih tiada penjelasan dikongsikan mengenai pertelingkahan berkenaan dengan ia memberi gambaran bahawa kes tersebut tidak berlanjutan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram