PEMAIN-PEMAIN Manchester United (United) dibenarkan meninggalkan pusat latihan Carrington, England selepas makan tengahari bersama rakan sepasukan lain.
Ia salah satu usaha pengendali United, Erik ten Hag yang telah mengubah suai kantin di pusat latihan serta melantik ketua cef baharu, Omar Meziane dalam usaha menjaga diet pemakanan pemain The Red Devils.
Pengendali berusia 53 tahun itu mengenal pasti pemakanan ialah antara tiga masalah utama yang dihadapi pasukan United sejak beliau mengambil alih pada Mei tahun lepas.
Dengan itu, United bertindak melantik Meziane sebagai ketua cef pada awal musim ini.
Omar Meziane. — Agensi
Pemain United selepas ini hanya dibenarkan pulang pada pukul 2 petang yang mana sebelum itu mereka bebas untuk meninggalkan Carrington selepas sesi latihan tamat.
Sebelum ini, pemain-pemain United lebih memilih untuk menjamu selera tengahari di restoran berdekatan pusat latihan sehingga menyebabkan chef di kantin Carrington mengadu ketiadaan bintang The Red Devils semasa waktu makan tengahari.
Setakat ini tiada seorang pun pemain yang merungut atau membantah perubahan jadual dibuat oleh ten Hag. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram