'PERBAIKI 'finishing' atau anda akan habis.'
Itulah kata dua oleh pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee selepa dilihat tidak berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 menentang Perak dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat.
Pasukan tuan rumah secara keseluruhannya perlawanan mempunyai 14 rembatan yang mana lapan daripadanya mengenai sasaran, tetapi mampu menjaringkan dua gol sahaja.
Kim Swee dilihat sangat kecewa apabila setiap peluang telah dipersia-siakan oleh pemainnya, namun bagi Perak mereka hanya melakukan empat 'shots' dan berjaya menjaringkan dua gol.
Pengendali berusia 52 tahun itu mengakui Sabah gagal menyempurnakan banyak peluang untuk mengatasi Perak.
"Kami mencipta banyak peluang tapi tidak dapat disempurnakan dan kami sedar Perak datang dengan rancangan untuk membawa balik sekurang-kurangnya keputusan seri dan mereka berjaya.
"Namun kami masih lagi ada satu perlawanan timbal balik di Ipoh dan di sana saya percaya permainan yang berbeza," katanya selepas perlawanan.
Keputusan 2-2 di Stadium Likas pada Jumaat menyebabkan Sabah gagal mendapat bekalan selesa untuk berdepan aksi kedua nanti.
Pelawat menyamakan kedudukan menerusi Luciano Guaycochea pada minit ke-10 dan Wan Zack Haikal (m-54) selepas Sabah mendahului pada minit keempat menerusi Darren Lok dan Ramon Machado (m-45).
Sementara itu, Kim Swee menolak kemungkinan keputusan itu mengganggu momentum pasukannya bagi aksi Piala AFC bermula 21 September ini.
Sabah bertemu Hougang United dari Singapura pada perlawanan pertama Piala AFC di Stadium Likas. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram