Hampir gugur jantung, ‘supersub’ Saddil Ramdani ubah rentak sumbang The Rhinos benam KL City


  • Podium
  • Ahad, 13 Ogos 2023

The Rhinos akhirnya berjaya menghapuskan badi kekalahan ke atas KL City FC untuk musim ini apabila menang 3-2 ke atas skuad Warga Kota dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad. — Facebook/Sabah FC

SABAH FC akhirnya berjaya menghapuskan badi kekalahan ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC untuk musim ini apabila menang 3-2 ke atas skuad Warga Kota dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad.

Perlawanan penuh debaran itu menyaksikan skuad The Rhinos menjaringkan kesemua gol pada separuh masa kedua walaupun pada awalnya pasukan pelawat terlebih dahulu mendahului perlawanan dengan dua jaringan gol daripada Romel Morales dan Haqimi Azim.

Pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan beraksi dengan rentak perlahan dengan apabila skuad tuan rumah mahupun pelawat tidak banyak melakukan banyak percubaan untuk menterjemahkan jaringan dalam bentuk gol.

WhatsApp Image 2023-08-13 at 21.49.22

Stuart Wilkin meledakkan jaringan pembukaan untuk The Rhinos pada minit ke-52. — Facebook/ Sabah FC

Berbeza dengan babak kedua perlawanan, rentak permainan bermula dengan pantas hasil kemasukan Saddil Ramdani dan skuad The Rhinos terlebih dahulu mendapat jaringan pembukaan daripada jeneral tengah, Stuart Wilkin pada minit ke-52.

Tidak sampai sembilan minit penyokong bergembira dengan gol pembukaan dari The Rhinos, pasukan pelawat berjaya menghasilkan jaringan penyaamn menerusi tandukan Romel Morales pada minit ke-60.

Kem skuad Warga Kota terus mendahului 2-1 apabila penyerang muda, Haqimi Azim menjaringkan gol dengan melepaskan satu tendangan padu pada minit ke-71 sebelum Park Tae Su menyamakan kedudukan kira-kira lapan minit kemudian.

Penyerang import, Gabriel Perez akhirnya menggembirakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol kemenangan pada minit akhir permainan.

WhatsApp Image 2023-08-13 at 21.50.45

Sabah mula mendapatkan rentak permainan yang lebih agresif pada separuh masa kedua. — Facebook/ Sabah FC

Sementara itu, rata-rata penyokong beranggapan ekoran kemasukan Saddil Ramdani pada separuh masa kedua, Sabah dilihat mula mendapatkan rentak permainan yang lebih agresif dan rancak.

"Kemasukan Saddil Ramdani mengubah rentak permainan Sabah FC, tiga point milik Sabah FC," kata Khairol Sajani.

"Saddil sememangnya sukar dijangka," ujar Jaka Protocol.

"Gugur sudah jantungku. Kecewa sikit bila tengok rentak game masa separuh masa pertama, tapi jadi lega lepas saja Saddil masuk separuh masa kedua, confirm ada harapan menang," tulis Renjana Desuki. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram