Reaksi 'simple' Faisal Halim kena gantung 4 bulan


  • Podium
  • Rabu, 26 Jul 2023

Faisal akan dikenakan hukuman atas komen yang diberikan selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC. — Facebook/Selangor FC

HUKUMAN penggantungan selama empat bulan yang dikenakan terhadap pemain sayap negara, Faisal Halim mencetuskan perdebatan hangat pemain bola sepak tanah air.

Tindakan itu dibuat berikutan satu komen yang dibuatnya selepas aksi Liga Super berdepan Sabah FC dengan mengatakan ada pihak berusaha menjatuhkan kelab Lembah Klang tersebut.

Kenyataan berkenaan menyebabkan pemain bertubuh kecil itu dipanggil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membincangkan mengenai kesan terhadap pandangannya itu.

Jadi, pada Rabu, satu kenyataan dikeluarkan Selangor FC mengatakan Faisal yang juga dikenali sebagai 'Mickey' diberikan penggantungan selama empat bulan.

WhatsApp Image 2023-07-26 at 22.49.58 (1)

Satu hantaran di InstaStory milik Faisal menceritakan rasa kecewanya.

Denda itu dikenakan dengan pemain berusia 25 tahun itu akan dikenakan penggantungan secara automatik selama sebulan yang berakhir pada penghujung Ogos akan datang.

Bagi baki hukuman itu pula, penilaian akan dibuat terhadap Faisal dengan memastikan dia berkelakuan baik selama 12 bulan atau penggantungan selanjutnya akan diberikan.

Tindakan berkenaan jelas mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Malah, Faisal turut tidak terkecuali untuk memberikan kenyataan apabila dia gagal menyembunyikan rasa kecewanya ke atas keputusan FAM tersebut.

Dalam satu hantaran di InstaStory peribadinya, kapten Harimau Malaya itu berkongsi dua hantaran daripada pengguna Instagram mengenai nasibnya itu.

'Anda akan kembali dengan lebih hebat' dan 'Jangan putus asa, Mickey serta 'Perancangan ALLAH lebih baik' adalah mesej yang dikongsikannya dengan ia terus dikongsikan pengguna media sosial yang lain.

Berdasarkan hukuman itu, Faisal akan ketinggalan beberapa perlawanan Liga Super, termasuk pertembungan dengan Johor Darul Takzim (JDT) pada Sabtu.

Selain itu, dia juga terpaksa melupakan dua aksi peringkat awal Piala Malaysia menentang PDRM FC yang diadakan pada 3 Ogos dan 19 Ogos. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram