Bojan sah berhijrah ke negara jiran, 4 coach Liga M pernah bersama kelab Indonesia


  • Podium
  • Rabu, 26 Jul 2023

Irfan (depan) ketika mengendalikan perlawanan bersama Kuching City FC. — Kuching City FC

BOLA sepak tanah air pada Rabu dikejutkan dengan berita peletakan jawatan pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Bojan Hodak.

Perkembangan itu berlaku selepas jurulatih kelahiran Croatia itu membuat keputusan untuk menerima tawaran bagi mengendalikan kelab bola sepak utama di Indonesia, Persib Bandung.

Tindakan Bojan untuk secara tiba-tiba meninggalkan skuad Warga Kota itu agak mengejutkan memandangkan dia baru sahaja berjaya membawa pasukan tersebut untuk mara ke pentas final Piala FA, 23 Julai lalu.

Pada masa sama, rekod prestasinya juga agak memberangsangkan apabila turut membimbing skuad KL City FC memenangi Piala Malaysia Edisi Ke-100 pada 2021 dan mara ke perlawanan akhir Piala AFC 2022.

Pada masa sama, bekas pengendali Johor Darul Takzim (JDT) itu juga berjaya menjadikan pasukannya terus konsisten berada di kelompok pertengahan liga sejak mengambil alih pasukan tiga musim lalu.

KUALA LUMPUR, 30 Nov -- Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City FC (KL City) Bojan Hodak memeluk pemain KL City Zhafri Yahya selepas KL City menjuarai Piala Malaysia 2021 dengan menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bojan meraikan kejayaan KL City FC memenangi Piala Malaysia pada 2021. — Bernama

Penyertaan jurulatih berusia 52 tahun bersama Persib Bandung merupakan penampilan pertamanya bersama kelab di Liga Indonesia.

Bagaimanapun, Bojan bukanlah jurulatih pertama dari Liga Malaysia (M) yang pernah mencipta nama sebagai pengendali kelab bola sepak di negara tersebut.

Berikut Majoriti senaraikan empat jurulatih dari Liga M yang turut pernah mengendalikan pasukan di Liga Indonesia:

1. Aidil Shahrin Sahak

Kedah coach Aidil Sharin during the press conference at National Stadium in Bukit Jalil yesterday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. November 1, 2019.

Aidil Sharin mengendalikan KDA FC selama empat musim. — KDA FC

Aidil Sharin Sahak merupakan jurulatih yang membawa Kedah Darul Aman FC selama empat musim bermula 2018.

Di bawah pimpinan pengendali kelahiran Singapura itu, skuad Sang Kenari berjaya memperoleh pelbagai kejayaan antaranya membawa pasukan ke pentas Asia sebanyak dua kali berturut-turut sejak 2020.

Antara pencapaian terbaiknya bersama KDA FC adalah menjuarai Piala FA 2019 dan meletakkan Kedah sebagai Naib Juara Liga Super 2021 di belakang JDT.

Bagaimanapun, selepas empat tahun bersama pasukan, Shahrin, 45, membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan untuk pada Oktober tahun 2022 dengan skuad Sang Kenari menamatkan musim lalu di tangga kelapan liga.

Tidak lama kemudian, dia dilamar pula oleh Persikabo 1973 yang beraksi di Liga 1 Indonesia ketika tempoh pertengahan musim 2022/2023.

Namun, jodoh Aidil bersama pasukan tersebut tidak kekal lama apabila kelab tersebut mengumumkan khidmat jurulatih itu ditamatkan hanya selepas empat perlawanan.

Ekoran daripada perkembangan itu, beberapa kelab di Liga M difahamkan sedang mengintai bagi mendapatkan khidmat dia antaranya Kuching City FC yang kini masih belum menemui pengganti selepas pemecatan ketua jurulatihnya, Irfan Bakti.

2. Irfan Bakti

1982121

Irfan pernah mengendalikan Selangor dari 2012 hingga 2013.

Irfan Bakti merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air.

Sepanjang lebih dua dekad penglibatannya dalam pentas bola sepak Malaysia, anak kelahiran Bukit Mertajam itu pernah mengendalikan beberapa kelab bola sepak utama Liga M bermula dengan Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis, Selangor Felda United dan Terengganu.

Pasukan terakhir yang dikendalikannya adalah Kuching City FC dengan dia mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih The Cats susulan prestasi buruk dipamerkan pasukannya.

Sepanjang tempoh tersebut, Irfan turut berjaya mencapai beberapa kejayaan antaranya dengan merangkul dua kejuaraan Piala FA masing-masing bersama Pulau Pinang pada 2002 dan Terengganu 2011.

Pada masa sama, dia juga bertanggungjawab membawa empat pasukan Liga M untuk naik daripada Liga Perdana ke Liga Super iaitu Telekom Melaka FC (2004), Felda United (2014), Terengganu (2017) dan Kuching City (2021).

Pada masa sama, Irfan, 72, juga pernah berkelana ke liga Indonesia pada 2007 untuk mengendalikan pasukan Persipura Jayapura selama dua tahun dan memperoleh kejayaan antaranya dengan merangkul kejuaraan Wilayah Timur Divisyen Satu Liga Indonesia pada tahun tersebut.

3. Mario Gomez

11391259_10153445783232074_2857430135890371623_n

Gomez ketika mengendalikan JDT. — JDT

Nama Mario Gomez mula dikenali oleh peminat bola sepak tanah air selepas dia mengendalikan kelab bola sepak gergasi Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) pada 2015.

Jurulatih kelahiran Argentina itu berjaya menunjukkan pencapaian yang baik seawal musim pertamanya bersama Harimau Selatan apabila membawa pasukan merangkul kejuaraan Liga Super 2015 dan turut mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara Piala AFC 2015.

Untuk musim seterusnya, Gomez yang kini berusia 66 tahun itu turut memimpin skuadnya untuk membuat pencapaian treble dengan memenangi Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala FA.

Selepas dipecat oleh JDT pada 2017, Mario kemudiannya turut berkhidmat bersama beberapa kelab Indonesia antaranya bersama Persib Bandung dan Arema FC dengan pasukan terakhir yang dilatihnya di negara tersebut ialah Borneo FC Samarinda pada 2021.

4. Angel Alfredo Vera

355221978_823031252890468_5254807199714829471_n

Vera (kanan) mengambil alih pasukan Kelantan ketika liga sudah memasuki pertengahan musim. — Facebook/TRW

Angel Alfredo Vera membuat kemunculan sulungnya di Liga M dengan mengambil alih pasukan di pasukan tangga tercorot Liga Super 2023, Kelantan FC pada pertengahan musim ini.

Meskipun tidak begitu dikenali di Malaysia, jurulatih kelahiran Argentina itu sememangnya sudah menempa nama di liga bola sepak Indonesia dengan mengendalikan sebanyak empat kelab sejak 2013.

Antara pasukan yang dilatihnya ialah Persipura Jayapura, Persebaya Surabaya, Persiba Balikpapan dan yang terakhir Persita Tangerang.

Antara pencapaian terbaiknya adalah ketika mengendalikan Persipura apabila dia berjaya membimbing pasukan tersebut menjuarai Liga Indonesia pada 2016.

Lebih menarik lagi, Vera yang berusia 50 tahun juga mempunyai kefasihan untuk bertutur dalam bahasa Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram