Macam sengaja ada-adakan berita, Noor Hisham perjelas spekulasi bertanding PRN Selangor


  • Politik
  • Rabu, 26 Jul 2023

Dr Noor Hisham mengumumkan persaraan beliau pada April lalu selepas berkhidmat dengan kerajaan selama 35 tahun.

"TIADA berita, cipta berita," kata bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai ciapan di Twitter @ArwahMakLampir yang mendakwa beliau bakal bertanding di Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Spekulasi bertiup kencang bahawa bekas Ketua Pengarah Kesihatan itu akan bertanding di DUN (Dewan Undangan Negeri) Selangor?” ciap pengguna Twitter itu.

Sementara itu, Perikatan Nasional (PN) dilaporkan bersedia untuk mendedahkan senarai calon untuk bertanding di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang pada Rabu.

Ciapan yang dibuat pada Rabu itu mendapat perhatian warga maya yang rata-ratanya mengharapkan agar Dr Noor Hisham tidak terlibat dengan pilihan raya yang bakal diadakan pada 12 Ogos nanti.

Tangkap layar ciapan Twitter @ArwahMakLampir yang mendakwa Dr Noor Hisham bakal bertanding dalam PRN.

"Aku harap jika anak dia baca reaksi rakyat, anak dia nasihatkanlah bapa dia untuk bersara dengan aman.

"Dia (Dr Noor Hisham) dah cukup diangkat sebagai hero semasa Covid-19. Tidak perlu nak calarkan imej jadi calon mana-mana parti," kata jungledweller.

"Kasihan, tidak ada orang hebat dalam PN terpaksa import orang-orang terkenal (seperti) pemain bolalah, bekas penjawat awamlah," tulis Alif.

Untuk makluman, Dr Noor Hisham, yang berada di barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak 2020 mengumumkan persaraan beliau pada April lalu selepas berkhidmat dengan kerajaan selama 35 tahun. — The Star/ Ragananthini Vethasalam

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram