'Makin kritikal', hanya 13 pemain Kelantan turun berlatih... tak nampak kelibat Nuha Marong dan NurShamil


  • Podium
  • Rabu, 14 Jun 2023

Beberapa tonggak utama skuad Kelantan FC tidak kelihatan dalam sesi latihan pasukan itu baru-baru ini. — Facebook/KelantanFC

KEMELUT dalaman yang melanda skuad Kelantan FC kini semakin parah apabila hanya 13 pemain dilihat menjalani latihan bersama skuad tersebut pada Selasa.

Perkara itu dikongsikan oleh bekas penjaga gol The Red Warrior (TRW), Nor Farhan Abu Bakar menerusi siaran IG Live di Instagram peribadinya.

Pemain itu yang sebelum ini telah membongkarkan beberapa isu dihadapi dalam skuad tersebut merupakan antara pemain yang berani melontarkan suara berhubung kemelut dihadapi.

Dengan beberapa pemain yang dikhabarkan mula meninggalkan pasukan itu baru-baru ini, skuad TRW terus mengundang perhatian ramai dengan beberapa kelibat pemain tidak kelihatan ketika di padang latihan.

Kenyataan Nor Farhan disokong kuat dengan beberapa keping gambar dimuat naik di laman Facebook Kelantan FC, tidak menunjukkan kelibat tonggak utama seperti Nuha Marong dan NurShamil Abdul Ghani.

AJA

Hanya 13 pemain dikhabarkan turun ke sesi latihan skuad Kelantan FC. — Facebook/KelantanFC

Perkhabaran terbaharu itu dianggap sebagai satu krisis terbesar dihadapi TRW dengan masa depan kelab di saingan Liga Super musim ini semakin diragui peminat.

Menduduki tangga tercorot liga, Kelantan tewas 11 dari 13 perlawanan dihadapi setakat ini dengan hanya empat mata diperoleh.

Meskipun begitu, pemiliknya Norizam Tukiman ataupun Zamsaham dikatakan masih belum berputus asa dan akan terus merancang yang terbaik buat kelabnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram