Kelayakan Piala Asia B-23: Skuad negara diramal berpeluang cerah


  • Podium
  • Khamis, 25 Mei 2023

Filipina, Bangladesh dan Thailand merupakan cabaran skuad B-23 negara untuk layak ke kejohanan yang bakal berlangsung pada 2024. — Facebook/FAM

SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) mempunyai pelaung cerah untuk layak ke Piala Asia B-23 2024 selepas diundi dalam Kumpulan H peringkat kelayakan di samping Thailand, Bangladesh dan Filipina.

Berdasarkan undian yang dibuat di Kuala Lumpur pada Khamis, anak-anak buah E Elavarasan akan memulakan kempen berkenaan pada 6 September menentang Bangladesh.

Mereka kemudiannya bakal berdepan Filipina tiga hari kemudian sebelum menamatkan saingan kumpulan dengan aksi menentang Thailand pada 12 September.

Berdasarkan format yang dikeluarkan AFC, sebanyak 11 pasukan akan menyertai Qatar yang merupakan tuan rumah dalam Piala Asia B-23 pada 15 hingga 3 Mei 2023.

Kesemua perlawanan kelayakan akan diadakan di Thailand, bagaimanapun venue masih belum diumumkan oleh pihak penganjur.

Untuk rekod, skuad B-23 sebelum ini layak ke Piala Asia B-23 2022 yang diadakan di Uzbekistan, namun tewas dalam kesemua perlawanan di peringkat kumpulan.

Berdasarkan laporan sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan tidak menghantar pasukan B-23 ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China pada September ini, selepas tarikh pusingan Kelayakan Piala Asia B-23 2024 ditetapkan dalam bulan sama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram