DESAS-DESUS perpindahan Miguel Cifuentes ke sebuah pasukan Liga Super semakin hangat diperkatakan oleh penyokong-penyokong bola sepak tempatan.
Cifuentes atau nama singkatannya Cifu yang baru sahaja hadir ke kancah bola sepak negara dengan menyertai TRW Kelantan FC berjaya menarik perhatian penyokong di Liga Malaysia (Liga M).
Pemain berusia 32 tahun itu yang boleh beraksi di posisi sayap kanan, tengah menyerang dan pertahanan kanan nyata membuatkan ramai penyokong mengidamkan khidmatnya bagi memperbaiki pasukan masing-masing.
Dalam 12 perlawanan Liga Super, Cifu berjaya menjaringkan empat gol dan satu 'assist' manakala dalam Piala FA pula dia menyumbang satu bantuan gol.
Dengan situasi semasa skuad kendalian Frank Bernhardt, penyokong merestui perpindahan Cifu daripada melihat pemain kelahiran Sepanyol itu sengsara menetap di kelab itu.
Cifu baru menyertai Kelantan FC awal musim lalu. — Facebook/TRW Kelantan FC
"Pergilah cari kelab bagus, cari makan, Kelantan dah tak boleh cari makan dah, kalah selalu elok bubar sahaja," kata Awe Yamin.
"Pergi ke Kelantan United, kami reda," luah Asri Ibrahim.
"Kelab yang besar sesuai untuk anda," jelas Miracle El Noor.
"Cifu memang pemain yang aku 'respect', setiap game corak permainan dia memang puas hati," ujar Sha Wal.
"Pemain bagus, tapi kelab dan pengurusan buat macam-macam hal, pergi sajalah pasukan lain," kata Ombak Deru.
Antara aksi Cifu semasa mewakili Malaga CF dalam Liga Sepanyol. — Agensi
Menurut laman sesawang Transfermarkt, nilai perpindahan semasa Cifu kini lebih RM1.9 juta.
Kelantan merupakan pasukan pertama Cifu beraksi di luar negara kelahirannya kerana sepanjang kariernya pemain ini banyak menghabiskan masa bermain bola sepak dalam Liga Sepanyol.
Khabar angin menyatakan Cifu berjaya menarik minat beberapa pasukan antaranya Sabah FC ingin membawanya ke Sang Badak menjelang jendela perpindahan kedua Liga Super nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram