Teong Kim digugurkan? 2 nama dipetik sesuai pikul tugas kemudi Perak FC


  • Podium
  • Khamis, 25 Mei 2023

Teong Kim dikatakan akan digugurkan selepas mengendali Perak FC dalam 12 perlawanan musim ini. — Facebook/Perak

SEPERTI penyakit berjangkit, setiap musim Liga Malaysia (Liga M) akan dihidangkan dengan berita beberapa jurulatih terpaksa direhatkan susulan masalah prestasi pasukan yang semakin merosot.

Pada awal musim ini, pengendali Kelantan FC, Choi Moon-sik menjadi jurulatih pertama direhatkan dan tidak lama selepas itu giliran Tomas Trucha mengalami nasib yang sama.

Episod merehatkan jurulatih itu terus bersambung di kancah domestik apabila difahamkan Perak FC turut mengambil keputusan untuk merehatkan ketua jurulatih mereka, Datuk Lim Teong Kim.

Tindakan drastik itu dilakukan susulan masalah prestasi membelenggu Perak FC yang mana hanya memperoleh dua kemenangan selepas 12 pertarungan Liga Super berlangsung.

Menerusi perkongsian dari pengamal media, Syafiq Freman di laman Twitter, pihak pengurusan skuad Seladang akan mengumumkan perkara tersebut dalam masa terdekat.

Prestasi buruk skuad TBG dengan merekodkan sebanyak tujuh kekalahan dalam Liga Super 2023 membuatkan penyokong pasukan tidak berpuas hati dengan Teong Kim dan pelbagai tuduhan dilontarkan kepada jurulatih itu.

WhatsApp Image 2023-05-25 at 15.39.40

Saravanan (kanan) memeterai kontrak sebagai penolong jurulatih Perak FC. — Facebook/Perak

Antara tuduhan yang diberikan kepada Teong Kim adalah beliau didakwa menerapkan budaya pilih kasih sehingga ada pemain tidak berkenan dengan bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich itu.

Selain itu, kekosongan yang ditinggalkan jurulatih berusia 59 tahun itu difahamkan akan digantikan dengan pembantu juurulatih pasukan Seladang.

Perkembangan ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi laman Twitter miliknya pada Khamis.

“Seorang jurulatih tempatan bakal direhatkan susulan prestasi buruk pasukan dalam saingan Liga Super musim ini. Tempatnya akan diganti oleh pembantu jurulatih yang merupakan bekas pemain negara,” tulisnuya.

Berdasarkan petunjuk tersebut, legenda pasukan itu, V. Saravanan yang juga merupakan penolong jurulatih Perak adalah individu sesuai untuk menggalas tanggungjawab berkenaan.

Sebelum ini, jurulatih berusia 44 tahun itu memeterai kontrak selama dua tahun dengan pilihan untuk tambahan semusim lagi sekiranya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI).

Selain itu, ada juga yang memetik Raja Azlan Shah yang juga bekas pemain Perak FA itu untuk menggantikan Teong Kim buat sementara waktu.

Bekas skuad Malaysia B-16 itu dibawa masuk Teong Kim sebagai penolong jurulatih bersama Saravanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram