BIARPUN dikatakan sebagai perlawanan El Clasico Malaya, namun Perak FC tidak 'ketaq lutut' bertemu dengan seteru tradisi, Selangor FC.
Penyerang The Bos Gaurus, Hadi Fayyadh mengakui mereka akan berusaha untuk memberikan saingan sengit daripada Gergasi Merah.
"Tidak peduli apa yang dipanggil el clasico atau apa. Paling penting kita akan dapat tiga mata.
"Ini akan menjadi perlawanan yang paling dinantikan, semua pemain akan berusaha untuk memberikan yang terbaik," katanya dalam satu video temu bual di Facebook Perak Football Club.
Perak yakin barisan pemain bakal membawa pulang tiga mata buat pasukan. — Facebook Perak Football Club.
Bermain di tempat sendiri, penyokong Perak diharapkan dapat memberikan sokongan padu memandangkan perlawanan diadakan Stadium Perak.
"Penonton yang datang jangan lupa memberi sokongan padu. Doakan kejayaan kita akan dilakukan yang terbaik.
"Pasti kita kejor yeop kejor, jangan lupa semua ke stadium nanti," ujarnya.
Biarpun berada pada kedudukan ke-11 dalam Liga Super, Perak yakin dapat meriah mata selesa lebih-lebih bermain di tempat sendiri.
Hadi Fayyadh mengharapkan agar penyokong memberikan sokongan kepada pasukan The Bs Gaurus. — Facebook Perak Football Club.
Biarpun Selangor berada pada kedudukan ketiga dengan 22 mata, perkara itu bagaimanapun bukan satu halangan buat mereka.
"Aku yakin team Perak boleh menang. Kedudukan bukan tanda kekuatan lagi," kata Robert Low.
"El clasico atau despacito atau apa pun, memang boleh menang," kata Mat Solleh.
Selepas perlawanan dengan Selangor, Perak dijadualkan bertemu Sabah FC pada 23 Mei di Stadium Likas, Sabah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram