BERADA pada kedudukan tercorot dalam Liga Super musim ini membuatkan Kelantan United dianggap sebagai skuad belasahan.
Masakan tidak, berdasarkan 10 perlawanan, Kelantan United tidak mampu mencatat sebarang kemenangan dan hanya berjaya mengutip dua mata memandangkan dua perlawanan peroleh mata seri.
Disebalik kegagalan itu, Kelantan United tetap mencatat kejayaan apabila penampilan penjaga gol, Asyraaf Omar meraih pujian.
Ia dibuktikan ketika kekakalahan kepada Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan Sabtu lalu dengan kesungguhan Asyraaf mempertahankan benteng Sang Kijang Hijau boleh dianggap sebagai 'wira'.
Pemain berusia 21 tahun itu yang berkhidmat dengan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) berdepan dengan situasi sama apabila gawang NSFC bolos tujuh gol saat menentang JDT.
Biarpun begitu, Sikh Izhan tetap dipanggil untuk menjadi penjaga gol pasukan kebangsaan sekali gus bersaing menentang pasukan luar negara dalam Piala Merlion dan Sukan SEA 2023.
Kecemerlangan penjaga gol itu sememangnya menerima pujian menggunung daripada penyokong Harimau Selatan yang cukup mengagumi Asyraf di samping membandingkan kedua-dua pemain berkenaan.
Asyraaf Omar
"Saya tengok corak permainan yang dipamerkan penjaga gol memang banyak memainkan peranan dalam sesebuah pasukan," kata Rezuan Mohamed.
"Aku tabik kat dia, memang banyak mandi peluh. Dia banyak save bola," kata Rahim Arshad.
"Kesungguhan dia nampak macam Syihan, aku harap dia boleh terus berjaya," kata King Karma.
"Setuju kalau kata dia macam Syihan sebab penjaga gol memang berpotensi," kata Belalang Kunyit.
Untuk rekod, Kelantan United bakal bertemu dengan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan pada 20 Mei depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram