Tiga 'tanker' kebal JDT bakal mengaum di Kelantan


  • Podium
  • Ahad, 07 Mei 2023

Pelbagai penambahbaikan perlu dibuat skuad TRW jika mahu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan lebih baik musim ini. — Facebook/TRW Kelantan FC

SELEPAS kecundang dalam beberapa siri perlawanan aksi Liga Super, Kelantan FC sememangnya memerlukan nafas baharu dalam pasukan mereka.

Selain itu, pasukan yang baru menyertai divisyen teratas bola sepak tempatan pada musim ini juga dilihat hanya mampu menduduki tangga ke-13 carta Liga Super.

Walaupun The Red Warriors (TRW) melantik bekas pengendali Harimau Muda iaitu Frank Berndhart, kelab berpangkalan di Pantai Timur itu masih gagal untuk menunjukkan aksi cemerlang apabila tewas dalam tiga perlawanan terakhir dalam Liga Super.

Lebih memalukan lagi, pasukan itu hanya menang menentang pasukan dari Liga M3, Manjung City FC di Piala FA.

2031901

Zamsaham pada ketika ini juga dilihat tidak hanya berdiam diri dan cuba untuk menambah baik prestasi TRW.

Sehubungan itu, harapan utama penyokong agar pihak pengurusan kelab merombak semula barisan pemainnya menjelang jendela perpindahan kedua supaya mampu bersaing dengan pasukan lain.

Dalam perkembangan sama, pemilik TRW, Norizam Tukiman atau Zamsaham pada ketika ini juga dilihat tidak hanya berdiam diri dan cuba untuk menambah baik prestasi pasukan walaupun dihimpit pelbagai cabaran.

Antara langkah yang dibuat termasuk mengadakan pertemuan dengan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim untuk membincangkan masa depan pasukan.

Pada masa sama, dia turut memberi bayangan bahawa beberapa pemain (JDT) bakal menyertai pasukannya selepas menghadap pemilik skuad Harimau Selatan berkenaan.

Jika melihat pada beberapa aksi perlawanan kelab tersebut, ada dalam kalangan penyokong berasakan pasukan kesayangan mereka itu masih tumpul di benteng pertahanan.

Seorang penyokong, Wan Rozak Official memberi bayangan ada kemungkinan pemain yang bakal dipinjamkan ialah bekas pemain JDT yang pernah menyarungkan jersi pasukan kebangsaan.

"Bek kanan dan bek kiri bekas pemain Harimau Malaya. Keras dan laju.

"Merah putih warna kebangsaan (warna bendera Kelantan). Top 5 hujung musim kekal relevan," tulisnya.

Melihat kepada statusnya itu besar kemungkinan tiga pemain ini akan dipinjamkan ke Kelantan FC menjelang perpindahan jendela kedua nanti.

1. Shahrul Saad

Shahrul Saad lebih kerap diletakkan di bangku simpanan musim ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Shahrul Saad lebih kerap diletakkan di bangku simpanan musim ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Pemain kebangsaan, Shahrul Saad dilihat sebagai calon terbaik untuk dipinjamkan ke TRW memandangkan dia lebih kerap diturunkan sebagai pemain gantian pada ketika ini.

Selain itu, Shahrul juga bagai sudah kehilangan tempat dalam pasukan memandangkan tempatnya lebih banyak digantikan dengan pemain muda, Feroz Baharudin.

Sekiranya bekas kapten Perak FC itu diberi peluang untuk menyarung jersi Kelantan FC, sudah pastinya Shahrul yang bermain di posisi bek kiri dan tengah mampu mengukuhkan lagi benteng mereka.

2. Adam Nor Azlin

1848121

Adam wajar dipinjam ke kelab lain kerana jarang diturunkan berbanding musim lepas. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Ramai yang berasakan bagi musim ini Adam wajar dipinjam ke kelab lain kerana jarang diturunkan berbanding musim lepas.

Jika Shahrul membantu skuad senior, Adam pula beraksi dengan skuad kedua Harimau Selatan dengan membantu di bahagian pertahanan.

Pemain berusia 27 tahun itu bersama skuad JDT sejak 2018 lagi namun jarang menjadi pemain kesebelasan utama Harimau Selatan dan hanya membuat 58 penampilan setakat ini.

Berpindah ke Kelantan adalah pilihan terbaik buat anak jati Selangor itu untuk dia mendapatkan minit permainan.

3. S Kunanlan

S-Kunanlan-JDT-Maldini

Kunanlan juga merupakan pemain yang amat berpengalaman dalam Liga M. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

Seperti Shahrul, Kunanlan juga merupakan pemain berpengalaman dalam Liga M dan dia boleh membantu bahagian tengah pasukan Kelantan FC dengan bertindak sebagai arkitek.

Mungkin walaupun amat jarang beraksi tetapi tidak mustahil dia menjadi rebutan kerana mampu memberi impak positif kepada pasukan secara keseluruhan.

Beraksi di bahagian tengah, Kunanlan memang dikenali sebagai pemain yang cukup terkenal dengan kelajuan lariannya.

Malah, ramai pemain pertahanan gagal mengawal Kunanlan disebabkan kelajuannya berlari. Melihat kepada prestasinya itu, TRW tidak sepatutnya melepaskan peluang mengambil pemain itu dalam pasukan mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram