BEKAS pemain warisan Johor Darul Takzim (JDT), Stuart Wark bakal mewarnai kembali kancah Liga Malaysia (Liga M) selepas kontraknya tamat bersama kelab divisyen bawahan Thailand, Kasetsart FC.
Pemain pertahanan tengah itu mula berhijrah ke Thailand pada awal Januari lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada penghujung bulan Mei ini.
Dia yang pernah berkhidmat bersama Sarawak United memilih untuk berkelana ke luar negara selepas pasukan Borneo itu terpalit dengan pelbagai isu terutamanya masalah gaji.
Selain Sarawak United dan JDT, Wark juga pernah menyarung jersi Sabah, Felda United, Penang FC dan PDRM. Ketika bersama di Felda United, kariernya memuncak dan membantu pasukan itu meraih gelaran Liga Perdana pada 2018.
Sementara itu, ketika bersama Kasetsart FC, pemain kacukan Scotland-Malaysia itu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.
Wark bakal menamatkan kontraknya bersama Kasetsart FC pada penghujung Mei ini. — Agensi
Walaupun tidak pernah menjaringkan gol namun dia menjadi pilihan pihak kejurulatihan sebagai pemain kesebelasan utama.
Untuk makluman perjalanan karier bola sepak Wark di Malaysia bermula pada 2015 diberi peluang menyertai latihan bersama pasukan bimbingan Mario Gomez ketika itu dan jika melihat pada pengalamannya itu, sudah pastinya memberikan kelebihan pada kelab yang memerlukan penambahan kepada pemain sedia ada.
Berikut merupakan dua pasukan yang dilihat sesuai untuk membawa masuk pemain kelahiran berketinggian 181 sentimeter dan membantu menggilap bakatnya kembali:
Sabah FC
Terdapat kemungkinan bahawa skuad Sang Badak bakal mencari beberapa rekrut baharu. — Facebook/SabahFC
Selepas mengalami beberapa siri kekalahan pada perlawanan musim ini, skuad Sang Badak jelas menunjukkan mereka masih lemah dalam benteng perlawanan walaupun mempunyai empat tonggak utama.
Selain itu, Wark yang pernah bermain bersama kelab yang berpangkalan di Negeri Di Bawah Bayu itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana mampu bermain dalam posisi pemain tengah bertahan.
Tambahan pula, dengan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee bakal beraksi di pentas Asia musim ini, mereka pastinya memerlukan lebih ramai pemain bagi tujuan penggiliran.
Memandangkan jendela perpindahan kedua Liga Super dikhabarkan bakal dibuka pada Julai nanti, terdapat kemungkinan bahawa mereka bakal mencari beberapa rekrut baharu.
Tidak cukup dengan itu, dengan kesemua sembilan kuota import, Stuart Wark pastinya satu pilihan terbaik bagi memudahkan proses pendaftaran berdasarkan peraturan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Kedah Darul Aman FC (KDAFC)
Sang Kenari memerlukan seorang lagi pemain pertahanan yang sesuai untuk digandingkan dengan pemain import mereka, Bojan Ciger. — Facebook/KDAFC
Skuad Sang Kenari yang berada pada tangga kelima carta Liga Super turut perlu memperbaiki rekodnya di bahagian pertahanan apabila hanya berjaya mencatatkan enam kemenangan dan 15 gol bolos daripada sepuluh perlawanan yang diharungi.
Pada masa sama, kelab kendalian jurulatih Nafuzi Zain memerlukan seorang lagi pemain pertahanan yang sesuai untuk digandingkan dengan pemain import mereka, Bojan Ciger yang ketika ini dilihat masih mencari keserasian dengan bentang pertahanan pasukan tersebut.
Ketika ini, pasukan Utara tanah air itu dikhabarkan bakal melakukan perbelanjaan secara besar-besaran sekali lagi bagi memantapkan lagi pasukan yang masih memerlukan penambahbaikan itu.
Meskipun mereka dilihat lebih berminat untuk menggunakan khidmat pemain import, mereka turut berdepan situasi sama seperti Sabah FC yang juga sepertinya sudah memenuhi kuota yang ditetapkan.
Jadi, dengan skuad Sang Kenari memasang cita-cita yang lebih tinggi, kehadiran Stuart Wark merupakan pilihan terbaik melihat kepada kebolehan serta pengalamannya dalam Liga Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,