Sambut ulang tahun ke-21, bintang TFC beri gelaran baru buat Arif Aiman


  • Podium
  • Jumaat, 05 Mei 2023

Arif Aiman menjadi watak penting kepada kejayaan luar biasa JDT yang melakar sejarah meraih ‘quadruple’ pada tahun lalu. — Facebook/JohorSouthernTiger

PEMAIN Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 dan 2022, Arif Aiman Mohd Hanapi menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada Khamis.

Sudah semestinya, pemain sayap sensasi Johor Darul Takzim (JDT) menerima ucapan hari jadi dari rakan sepasukan dan pemain bola sepak yang lain.

Antara yang memberikan ucapan hari lahir kepadanya termasuklah penyerang sensasi JDT, Bergson da Silva selain Endrick dos Santos, Juan Muniz dan Oscar Arribas dan ramai lagi.

"Happy birthday golden boy! Love you Messi @ariifaiman42," tulisnya.

"Happy birthday adik, always got your back," ucap Matthew Davies pula.

liridon

Gambar yang dimuat naik Liridon melalui hantaran Instastory Instagram peribadi miliknya. — Instagram/Liridon

Selain rakan-rakan di JDT, Arif Aiman turut dihujani dengan ucapan hari lahir dari rakan seperjuangan di kelab antaranya Mukhairi Ajmal dari Selangor FC, Harith Naem (Perak FC) dan Rahadiazli Rahalim (Terengganu FC).

Tidak dilupakan juga, Arif Aiman turut menerima ucapan daripada sahabatnya, Liridon Krasniqi, pemain JDT yang dipinjamkan ke Terengganu FC.

Pemain naturalisasi yang juga penyerang berbisa untuk pasukan Sang Penyu berkongsi ucapan istimewa itu melalui hantaran Instastory Instagram peribadi miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Liridon memuat naik sekeping gambar bersama Arif Aiman.

"Happy birthday Mbappe of Malaysia," tulisnya ringkas.

Ucapan itu menarik perhatian kerana rata-rata rakan sepasukannya di JDT menggelarkannya dengan nama 'Messi', namun dilihat hanya Liridon memanggil Arif dengan gelaran Mbappe.

Mungkin kerana Kylian Mbappe adalah pemain muda paling berjaya liga luar negara dan Arif Aiman pula pemain muda yang mempunyai prestasi seperti Mbappe di peringkat tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram