Empat nama dipetik bakal jadi penyelamat musim Sang Penyu, Aidil Shahrin paling layak


  • Podium
  • Rabu, 03 Mei 2023

Skuad Terengganu FC dikatakan perlu membawa masuk beberapa pertukaran pemain dan pengendali bagi meneruskan cabaran di saingan Liga Super musim ini. — Facebook/TFC

PERSEMBAHAN goyah dipamerkan skuad Terengganu FC (TFC) pada saingan Liga Super musim ini mula menerima kritikan ramai susulan dua kekalahan berturut-turut dialami pasukan itu dalam dua perlawanan terdahulu.

Gagal membawa sebarang mata dalam dua aksi terdahulu ketika menentang pasukan Sri Pahang FC dan Selangor FC, menyaksikan skuad Sang Penyu kini terpaksa bertahan di kedudukan ke lapan liga dengan hanya 13 mata diperoleh.

Pelbagai faktor yang menjadi punca kejatuhan skuad itu pada musim ini dengan posisi jentera serangan pasukan menjadi topik bualan utama dalam kalangan peminat yang mahukan perubahan dilakuakn pengurusan TFC menjelang jendela perpindahan kedua nanti.

Selain daripada posisi pemain, kedudukan jurulatih yang kini d ibawah kendalian Tomislav Steinbruckner turut diragui penyokong apabila taktikal dan strategi diturunkan dalam skuad itu kurang menyengat dan berkesan.

Justeru, penyokong mula menggesa beberapa perubahan dilakukan dengan kemasukan beberapa pemain dan pertukaran jurulatih dikatakan mampu mengubah nasib Terengganu pada musim ini.

dill

1. Aidil Shahrin

Aidil Shahrin merupakan nama yang tidak asing dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) apabila membawa Kedah Darul Aman FC mencipta pelbagai kejuaraan serta berjaya membawa skuad Sang Kenari ke kejohanan Piala AFC.

Mengendalikan pasukan Persikabo FC di saingan Liga 1 Indonesia ketika ini, persembahan pasukan itu juga kurang memuaskan apabila hanya menamatkan saingan di kedudukan ke 14 daripada 18 pasukan namun masih terselamat daripada disingkirkan ke Liga 2.

Melihatkan situasi tersebut, khidmatnya masih dituntut dan disegani di Malaysia apabila Terengganu dikatakan destinasi paling sesuai untuk dituju individu kelahiran Singapura itu.

Berbekalkan pengalaman serta kefahaman Aidil dengan corak permainan di Liga M, penyokong yakin dengan kemasukannya mampu membawa perubahan dalam skuad Sang Penyu sekali gus memperbaiki kedudukan di carta musim ini.

wo;

2. Safawi Rashid

Bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rashid merupakan pemain yang hangat diperkatakan peminat dan pemerhati bola sepak tanah air ketika ini.

Safawi dikhabarkan tidak akan menghabiskan tempoh pinjamannya di liga Thailand, Ratchaburi FC selain namanya juga turut dikaitkan dengan beberapa kelab di Malaysia yang ingin mendapatkan khidmatnya ketika jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Kualiti hantaran serta gelecekan pemain itu pastinya menjadi taruhan utama penyokong dengan kelibatnya diyakini mampu merancakkan lagi mutu persembahan pasukan.

Sebelum ini, Pengendali TFC, Tomislav menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Safawi Rasid bagi membantu pasukan itu yang kini berada dalam prestasi tidak menentu.

Menurutnya, TFC akan cuba mendapatkan Safawi sekiranya JDT sedia melepaskan pemain sayap kebangsaan tersebut.

rcel

3. Dechi Marcel

Memulakan karier sebagai pemain bola sepak di Malaysia dengan menyertai UiTM FC, Marcel kemudiannya berhijrah ke Terengganu selepas dua tahun bersama pasukan universiti tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir pemain itu bermain dalam Liga M ialah ketika mewakili Sang Kenari sebelum dilepaskan kerana rombakan besar-besaran dibuat pengurusan kelab terbabit.

Beraksi di posisi tengah, pemain itu memiliki kekuatan di bahagian serangan dan pertahanan apabila mempunyai larian deras yang mampu mengkucar-kacirkan kubu pertahanan lawan.

Memiliki kualiti hantaran jauh yang tepat, Marcel juga mudah membentuk keserasian bersama rakan sepasukan dengan lorongannya kerap kali menembusi masuk ke kotak penalti lawan sekali gus mampu diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

petr

4. Petrus Shitembi

Pemain tengah kelahiran Namibia, Petrus Shitembi merupakan antara watak penting skuad Penyu pada musim lalu apabila diturunkan sebanyak 14 kali dengan 10 bantuan gol berjaya direkodkan.

Tidak dinafikan, posisi tengah merupakan antara yang paling penting dalam pasukan dengan ia dianggap sebagai 'jantung' dalam sesebuah kelab kerana setiap pergerakan dan tempoh permainan adalah di bawah kendalian pemain di posisi tersebut.

Maka dengan kelebihan hantaran 'maut' dimiliki Shitembi, peminat merasakan aksi pemain itu masih diperlukan di Terengganu dengan pemain yang ada ketika ini gagal mencapai tahap sepertinya.

Kelibat Shitembi sentiasa menghantui barisan pertahanan lawan dengan keyakinannya dalam membuat hantaran, selain pemain ini juga berkebolehan dalam membuat sepakan dari luar kotak penalti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram