KEDAH FC akhirnya berjaya melunas dendam ke atas pasukan Penang FC susulan kemenangan 1-0 berjaya diraih di Stadium Darul Aman, Kedah.
Jaringan penyerang import Willian Lira pada minit ke 64 menyaksikan keputusan itu kekal hingga ke wisel penamat sekali gus berjaya membalas dendam ekoran kekalahan pasukan itu di pusingan pertama Piala FA sebelum ini.
Namun, layangan kad merah diterima pertahanan kanan, Wan Amirul dalam perlawanan ini nyata mencuri perhatian penyokong terutama sekali apabila pemain itu kerap kali diarah keluar padang dalam saingan sebelum ini.
Wan Amirul sememangnya tidak asing dengan layangan kad merah di mana pada aksi menentang Kuching City FC sebelum ini juga pemain itu menerima nasib sama apabila diperintah keluar padang ketika perlawanan berbaki tiga minit sebelum wisel penamat ditiupkan.
Seorang penyokong Kedah, Amir Syafiq berkata, pemain itu memang mendatangkan masalah buat skuad Kedah dan perlu ditukarkan dengan pemain lain dalam perlawanan berikutnya.
"Wan Amirul itu berapa kali nak kena halau keluar padang, main bola kasar sangat susah kalau dia masih disenaraikan dalam kesebelasan utama, perlu ada pertukaran pemain nanti," ujarnya.
"Kalau masih diturunkan masa lawan JDT nanti, memang masak la kita main dengan 10 orang nak berhadapan dengan Arif Aiman memang kecundang dibuatnya," ujar Aanas Darwisy.
Habuan la, masuk awal keluar awal, dua game dua-dua kena kad merah Wan Amirul ni," kata Muzani Nur Angah.
"Menyusahkan je Wan Amirul ni, berapa kali dah kena kad merah, masih tak serik nasib baik Kedah kekal konsisten hingga ke penamat dan menang," jelas Ili Zafriel.
Namun, kemenangan itu dianggap sebagai tonik terbaik buat anak-anak buah Nafuzi Zain kerana selepas ini mereka bakal berhadapan dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan ia semestinya menjadi perlawanan tumpuan pada 9 April nanti. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram