'Bukan beshe beshe', bintang muda JDT kini selevel Haaland, Saka


  • Podium
  • Khamis, 16 Mac 2023

Pemain pertahanan JDT, Feroz Baharudin kini setaraf bintang Eropah. — Facebook/JDT

UMUM mengetahui pasukan Johor Darul Takzim (JDT) merupakan sebuah kelab yang kian disegani bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa juga semakin hangat diperkatakan.

Pernah menjulang trofi kejuaraan Piala AFC 2015, JDT sekali lagi mencipta rekod apabila berjaya mara ke peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim lalu.

Selain daripada kecemerlangan di peringkat Asia, beberapa pemain di bawah naungan kelab itu juga semakin mempamerkan peningkatan sehingga berjaya tersenarai dalam beberapa laporan media antarabangsa.

Terbaharu, wajah pemain pertahanan muda JDT Feroz Baharudin dipaparkan dalam sebuah majalah sukan United Kingdom, SoccerBible.

fero

Feroz Baharudin disenaraikan bersama beberapa pemain ternama dunia dalam sebuah majalah sukan United Kingdom, SoccerBible.

Feroz disenarai sebagai pemakai kasut keluaran Mizuno bersama-sama 10 bintang dunia lain antaranya, Erling Halaand, Bukayo Saka, Kylian Mbappe dan Manuel Akanji.

Bintang muda meningkat naik itu dirakam bersama but Morelia Neo III keluaran Mizuno ketika mewakili JDT pada saingan musim ini.

Pemilihan Feroz dalam kalangan pemain terkemuka lain di seluruh dunia juga merupakan satu kebanggaan buat JDT dengan pasukan itu kini dilihat setaraf dengan kelab ternama eropah.

Segmen Boot Spotting merupakan penerbitan khas pencarian jenama kasut bola sepak dunia yang diterbitkan dua kali setiap bulan di SoccerBible.

Untuk edisi terbaharu Mac, Feroz Baharudin merupakan satu-satunya pemain dari Asia yang dipilih tersenarai di SoccerBible bersama-sama bintang Eropah lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram