[VIDEO] Kemalangan maut di MRR2 Bandar Tasek Selatan, punca trafik sesak teruk


  • 112
  • Rabu, 15 Mac 2023

Kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berhampiran stesen minyak Shell Bandar Tasek Selatan, Lebuh raya MRR2, Kuala Lumpur. — Facebook/JBPM

SEORANG lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan yang berlaku berhampiran stesen minyak Shell Bandar Tasek Selatan, Lebuh raya MRR2, Kuala Lumpur pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya melalui talian kecemasan pada pukul 7:30 pagi dan seterusnya menggerakkan pasukan penyelamat bersama jentera dari Balai Bomba Penyelamat Sungai Besi, Kuala Lumpur ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, kemalangan tersebut melibatkan dua buah kereta jenis Ford Everest dan Nissan Almera.

Seorang mangsa lelaki berusia 46 tahun iaitu pemandu Nissan Almera telah tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik ambulans Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di lokasi kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

Susulan insiden tersebut, trafik sesak dilaporkan berlaku di kedua-dua arah laluan berkenaan dan ketika ini pihak bomba difahamkan sedang menjalankan kerja pembersihan di lokasi terbabit.

Bagaimanapun punca kemalangan tidak dinyatakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram