Bekas pemain Chelsea terselamat selepas 7 jam terperangkap bawah runtuhan gempa bumi Turkiye


  • Podium
  • Selasa, 07 Feb 2023

Atsu (kiri) tidak pernah merekodkan penampilan kompetetif bersama skuad The Blues. — Agensi

BEKAS pemain sayap Chelsea dan Newcastle United, Christian Atsu dilaporkan berjaya ditemui selepas terlibat dalam kejadian gempa bumi di Turkiye.

Penyerang yang ketika ini terikat bersama Hatayspor itu difahamkan terperangkap di bawah runtuhan bangunan selepas gegaran berukuran 7.8 magnitud melanda selatan negara tersebut.

Berita tersebut dilaporkan Persatuan Bola Sepak Ghana dan Newcastle United FC selepas Atsu didapati tidak dapat dihubungi di samping beberapa staf dan pihak pengurusan kelabnya.

Sementara itu, pengarah teknikal Hatayaspor, Taner Savut juga difahamkan terlibat dengan gempa bumi itu dan kerja-kerja pencarian masih sedang dijalankan.

Menurut laporan terbaharu, bekas pemain antarabangsa Ghana itu sudah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan penjagaan lanjut.

Ketika bersama Chelsea, Atsu gagal membuat sebarang penampilan bersama skuad senior dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas kerap dipinjamkan ke kelab-kelab serata Eropah.

Pada 2017, dia memilih untuk berkelana secara tetap ke Newcastle United dengan yuran perpindahan RM32.1 juta (£6.2 juta) dengan kontrak selama empat tahun.

Gempa bumi yang berlaku pada Isnin itu melanda Turkiye dan Syria dengan kira-kira 4,300 korban dicatatkan setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram