'Impian boleh jadi kenyataan', bakat dikesan 8 tahun lalu, Marcote bangga pencapaian anak jati Kedah


  • Podium
  • Isnin, 23 Jan 2023

Marcote dan pemain anak jati Kedah bertemu semula selepas lapan tahun. — Facebook Marcote

SELEPAS berkhidmat bersama Tan Cheng Hoe di Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ramon Marcote sekali lagi bergandingan bersama susuk sama dan kali ini sebagai ketua jurulatih Selangor FC sebagai penolong jurulatih untuk pasukan The Red Giants.

Tidak hanya Cheng Hoe, Marcote yang juga bekas ketua jurulatih KDA FC turut teruja apabila dapat bergandingan semula dengan anak jati negeri itu di Selangor FC.

325957139_882942246284041_2267432213363224531_n

Persahabatan Marcote dan Cheng Hoe sejak lapan tahun lepas. — Facebook Marcote

Menerusi perkongsian gambar di laman Facebook, memaparkan beliau berdiri di sebelah pemain tersebut ketika zaman kanak-kanak pada tahun 2015.

Satu lagi perkongsian gambar pada tahun ini pula menunjukkan Marcote bersama pemain remaja yang mengenakan jersi Selangor.

Pemain yang kurang dikenali identitinya itu difahamkan pernah bersekolah di Gurun dan menyertai skuad simpanan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Malahan ada juga yang meneka pemain kelahiran Kedah itu berkemungkinan pelatih di Akademi Mokhtar Dahari di Pahang kini diserapkan ke pasukan Selangor bawah 23.

Difahamkan juga, Marcote sudah pun melihat bakat pemain tersebut sejak awal lagi dan kemungkinan satu kerugian jika bakatnya dipendam dan tidak diasah dalam pasukan besar seperti Selangor FC.

"Impian boleh menjadi kenyataan. Daripada seorang kanak-kanak yang mempunyai impian sehingga menjadi sebahagian daripada kelab bola sepak yang mempunyai sejarah terbanyak di negara ini.

"Saya sangat teruja menerima foto ini," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata penyokong kagum dengan pertemuan semula antara dua individu tersebut.

Azimi Haji Abu Bakar menulis: "Wow! What an amazing moment like CR7 (Cristiano Ronaldo) and Mbappe."

Shahrullizam Shuib berkata: "Bermula sebagai peminat dan akhirnya menjadi pemain. Nice coach."

Pada masa sama, peminat Kedah tetap memberi sokongan kepada Marcote tidak kira mana-mana pasukan yang memerlukan khidmatnya.

Tulis Loba: "Tidak kira apa jua warna (pasukan), ia tidak penting. Anda tetap hijau kuning di hati kami."

Tambah Mael: "Miss you coach. Good luck and all the best." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram