Bukan kelab Thailand tapi jaguh K League jadi pilihan aksi pramusim Pahang


  • Podium
  • Ahad, 22 Jan 2023

Pemain Sri Pahang FC menjalani latihan di padang latihan BG Panthum United FC di Bangkok bagi menghadapi aksi pramusim di Thailand.

LIGA Super 2023 masih belum membuka tirainya secara rasmi, namun Liga Malaysia (Liga M) dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan dalam aksi pramusim.

Antara kelab Liga Super yang sudah memanaskan enjin ialah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Kelantan FC dalam pertemuan pada Jumaat.

Selain itu, perlawanan persahabatan itu turut membabitkan kelab luar negara dengan KDA memilih Turkiye bagi menjalani program pramusim di sana.

Johor Darul Takzim (JDT) pula terbang ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk aksi pramusim menentang kelab Rusia, FC Rostov, FC Lokomotiv Moscow dan FC Zenit St Petersburg. Skuad Harimau Selatan juga akan bertemu kelab Bulgaria, FC Levski Sofia dan sebuah kelab UAE.

Sri Pahang FC turut tidak ketinggalan apabila memilih Thailand untuk mengadakan program pramusim.

Johor-Darul-Ta’zim-v-Ulsan-Hyundai-Group-I-ACL2022-(4)

Ulsan Hyundai pernah bertemu kelab gergasi Liga M, JDT.

Begitupun skuad Tok Gajah difahamkan akan bertemu dengan tiga kelab dari Liga Korea Selatan dengan dua daripadanya bermain di liga divisyen satu (K1) dan sebuah lagi di divisyen dua (K2).

Kekuatan anak-anak buah skuad kendalian Fandi Ahmad itu mungkin antara lain diuji oleh kelab Ulsan Hyundai.

Kelab yang menduduki ranking pertama Liga K1 itu agak familiar dengan Liga Malaysia berdasarkan rekod pertemuannya dengan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL).

268589869_311231837676781_2707235196274955784_n

Irfan Fandi pernah dikaitkan dengan kelab Jeonbuk Hyundai.

Selain Ulsan Hyundai, ada kemungkinan Sri Pahang FC bertemu Jeonbuk Hyundai Motors.

Kelab tersebut pernah dikaitkan dengan salah seorang anak jurulatih Singapura itu, Irfan Fandi pada 2021 yang ketika itu beraksi dengan kelab Thailand, BG Panthum United.

Namun pengerusi BG Panthum United hanya mahu melepaskan Irfan jika menerima bayaran yuran perpindahan tidak kurang daripada 30 juta Baht (RM3.94 juta).

kogi-2

Kogileswaran antara pemain yang melebarkan sayap ke Korea Selatan.

Bagi kelab K2, terdapat kemungkinan skuad Tok Gajah akan bertemu kelab Chungbuk Cheongju FC yang disertai bekas pemain Petaling Jaya City FC, R Kogileswaran.

Kogileswaran yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan pernah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Singapura, Tampines Rovers.

Bagi menghadapi aksi pramusim itu, pasukan Sri Pahang FC menjalani latihan di pusat latihan kelab BG Panthum United FC di Bangkok.

Skuad Tok Gajah itu kini diperkuatkan dengan tiga tonggak pinjaman JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik dan Azrif Nasrulhaq. Sementara Fadhli Shas pula menyertai Sri Gajah secara perpindahan tetap.

Sri Pahang turut diperkuatkan dengan empat awang import iaitu Stefano Brundo (Argentina), Lucas Silva (Brazil), Michael Glassock (Australia) dan Kevin Ingreso (Filipina). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram