Sabah sudah ada pakar 'free kick', tapi ada cuba banding dengan Safawi


  • Podium
  • Isnin, 16 Jan 2023

Aksi Castanheira (kiri) dalam perlawanan pada Ahad. — Sabah FC

SEBAGAI persediaan bagi menghadapi Liga Super musim ini, sudah pasti Sabah FC antara pasukan tidak terlepas menguji kekuatan dan kelemahan pemain masing-masing.

Perkara ini dilihat apabila The Rhinos mengadakan perlawanan persahabatan dalam kalangan pasukan sedia ada atau internal friendly match pada Ahad.

Dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah itu, skuad The Rhinos membahagikan dua pasukan dengan satu daripadanya mengenakan jersi merah manakala lawannya memakai jersi berwarna hitam.

Keputusan perlawanan menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan berpakaian merah apabila menyumbang empat gol hasil sumbangan Farhan Roslan, Park Tae-su, S Kumaahran dan pemain import, Telmo Castanheira.

Pasukan jersi hitam pula memperoleh dua gol hasil sumbangan Azhad Harraz dan Irfan Fazail.

323050636_700356088468559_677804801732143261_n

Sepakan percuma Castanheira mendapat perhatian penyokong The Rhino pada Ahad. — Sabah FC

Namun, apa yang menjadi tumpuan pada perlawanan itu adalah gol sepakan percuma yang disumbangkan oleh Castanheira dengan perkara itu diakui oleh seorang penyokong menerusi perkongsian video.

Dalam rakaman tersebut, pemain Portugal itu menjaringkan gol menerusi satu sepakan percuma menggunakan kaki kiri, dengan lencongan bola yang cukup cantik menerjah jaring dan melepasi jangkauan penjaga gol.

Tulis N Izzaty EJ: "Telmo punya free kick padu. Last night kebetulan Limpas stadium nampak spot light on. Cuba-cuba masuk, rezeki nampak kejap dalam 20 minit. Road to Asia."

Cuba memanaskan keadaan, salah seorang pengguna media sosial dipercayai penyokong lawan membandingkan persembahan ditunjukkan Castanheira dengan penyerang JDT yang dipinjamkan ke kelab Thailand, Safawi Rasid.

template - 2023-01-15T225114.172

Tangkap layar komen perbandingan antara Castanheira dan Safawi.

Tulis Khalid Onexox: "Padu lagi Safawi."

Tidak duduk diam, kenyataan ringkas itu mendapat kecaman penyokong Sabah yang tampil membela pemain The Rhinos dibuli di media sosial.

Soal Hans Gaijin: "Perlu ke samakan?"

Tambah C Jam Jam: "Tak perlu pun mau padu-padu, kalau tak masuk gol tak guna juga. Orang tak pandang padu, yang penting jaringan."

Perli Mc Ken: "Safawi sepak penalti pi bulan bah."

Sebelum ini, Safawi yang dikenali sebagai pakar sepakan percuma dengan kaki kiri dilihat gagal berbuat demikian dalam beberapa perlawanan.

Pada 2 November 2021, Safawi ketika berdepan Sabah FC dalam saingan Piala Malaysia gagal melakukan sepakan penalti ala panenka, selepas diselamatkan penjaga gol, Rozaimi Rohim.

safwi

Safawi (tengah) gagal menyumbang sepakan penalti ketika perlawanan menentang Singapura pada Mac tahun lalu. — FAM

Pada 26 Mac 2022, Safawi gagal membantu Malaysia meraih keputusan positif ketika tewas 1-2 kepada Singapura dalam saingan Siri Tiga Negara.

Pemain itu yang dipertanggungjawabkan melunas penyudah gagal berbuat demikian, apabila rembatannya sekadar menemui palang pada minit ke-45.

Pada 20 November 2022, meskipun JDT menundukkan Sabah 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, namun Safawi menjadi topik perbualan penyokong selepas gagal menambah jaringan.

Pemain kelahiran Terengganu itu diberikan peluang mencetak gol menerusi sepakan penalti, namun ia disia-siakan selepas bola melambung tinggi melewati palang gol. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram