SELAIN menguji kemampuan pasukan bola sepak negara di Asia Tenggara, Piala Konfederasi Bola Sepak Asean (AFF) yang kini berlangsung juga menjadi medan untuk kelab mencari mengintai pemain berkualiti.
Banyak pemain yang beraksi di kejohanan itu dilihat semakin mencuri tumpuan kelab gergasi, malah ada juga di antara mereka mula menunjukkan minat untuk beraksi di luar daripada negara masing-masing.
Antara pemain yang menyimpan hasrat untuk bermain dengan Liga Malaysia (Liga M) adalah kapten skuad kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan.
Menerusi perkongsian dari wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam pada laman Twitter miliknya menyatakan bahawa Theerathon memberitahu hasratnya itu selepas aksi kedua separuh akhir saingan Piala AFF 2022 Malaysia menentang Thailand.
Theerathon kini beraksi bersama Buriram United. — Instagram/Theerathon
"Bermain dalam Malaysia? Kenapa tidak. Satu bersama Theerathon Bunmathan," tulis wartawan itu.
Dalam perlawanan itu menyaksikan pemain berusia 32 tahun itu mencatat satu hantaran ketika Teerasil Dangda menjaringkan gol pertama buat Thailand.
Sumbangan dari Theerathon itu berjaya membawa skuad bimbingan Alexandre Polking ke perlawanan akhir selepas menewaskan Malaysia 3-0 di Stadium Thammasat, Bangkok.
Dengan sumbangannya itu, khidmatnya boleh digunakan oleh beberapa pasukan Liga M terutamanya yang masih goyah di posisi bek kiri berikutan ia merupakan posisi terbaik Theerathon.
Berikut merupakan tiga pasukan Liga Super yang wajar untuk menggunakan khidmat Yokohama F Marinos itu;
1) Johor Darul Takzim (JDT)
Corbin kini merupakan pemain harapan JDT bagi mengendali pemain pertahanan kiri. — Instagram/Corbin
Pasukan gergasi Liga M, skuad Harimau Selatan merupakan kelab yang sesuai untuk merekrut Theerathon sebagai pemain baharu JDT pada musim depan.
Mungkin ada penyokong tertanya jika Theerathon merupakan pelaburan yang baik untuk JDT dan jawapannya ialah ya kerana JDT kini banyak mengharapkan Corbin Ong sebagai pertahanan kiri.
Pemain warisan Malaysia itu sering menjadi kesebelasan utama untuk pasukan Harimau Selatan dan ia sebenarnya agak berbahaya buat JDT jika Corbin mengalami sebarang kecederaan.
Dengan jadual JDT yang sangat padat dengan pelbagai kejohanan termasuk saingan liga domestik dan perlawanan AFC Champions League (ACL), pasti Corbing tidak cukup tangan untuk menjadi kesebelasan utama.
Oleh itu, dengan pengalaman bermain di peringkat ACL, bekas tonggak Muangthong United itu pastinya akan membantu JDT untuk menjadi 'backup' Corbin di masa akan kecederaan.
2) Terengganu FC (TFC)
Rakan seperjuangan Theerathon, Adisak sah menyarung jersi TFC pada musim ini. — Facebook/TFC
Pasukan berpangkalan di Pantai Timur, Terengganu juga menjadi antara kelab yang sesuai untuk memikat Theerathon beraksi bersama skuad Penyu.
Terengganu yang kini hanya mempunyai dua orang pertahanan kiri tempatan iaitu Arif Fadzilah Abu Bakar dan Alif Zakaria boleh mengambil Theerathon untuk mengisi slot pemain import pasukan itu.
Terengganu yang akan beraksi pada Piala AFC 2023 pasti mengimpikan pemain berkualiti dan berpengalaman seperti Theerethon untuk membarisi kubu pertahanan.
Selain mengisi posisi bek kiri, pemain Gajah Perang itu juga dijangka cepat menyesuaikan diri bersama Terengganu berikutan rakan baiknya, Adisak Kraisorn kini bersama skuad Penyu bagi memperkuat jentera serangan pasukan itu.
3) Sabah FC
Daniel dipinjamkan ke Sabah FC pada musim ini. — Instagram/SabahFC
Selepas kehilangan tonggak pertahanan kiri, Nazirul Naim Che Hashim, Sabah FC mengambil Daniel Ting sebagai pengganti dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.
Bagaimanapun, status Daniel sebagai pemain pinjaman dari JDT nampaknya akan menjadi kerisauan buat penyokong selepas dia akan kembali ke pasukan itu.
Oleh itu, jika Sabah menginginkan seorang pemain yang boleh beraksi sebagai pemain pengganti, skuad The Rhinos wajar menyambar Theerathon daripada kelab lain.
Bukan itu sahaja, dengan persiapan Sabah yang bakal beraksi di pentas Asia pada musim depan akan memerlukan pemain mempunyai skil seperti Theerathon. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram