'Jangan sampai kami call Tan Sri', fans Kedah geram audio tak sepadu skuad 2023


  • Podium
  • Khamis, 05 Jan 2023

Tangkap layar sidang media KDA FC pada Khamis.

MASALAH audio pada majlis sidang media Kedah Darul Aman (FC) yang diadakan pada Khamis menyaksikan kebanyakan penyokong pasukan tersebut berang.

Menerusi siaran secara langsung Facebook rasmi pasukan itu, suara dan audio didengari tidak jelas menyebabkan penyokong tidak memahami sepatah perkataan diucapkan individu yang berucap pada sidang media tersebut.

Turut bercakap dalam sidang itu adalah ketua jurulatih baharu, Nafuzi Zain dan pemilik pasukan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Tinjauan di bahagian komen mendapati, kebanyakan penyokong dilihat tidak berpuas hati terhadap masalah itu, selain mahu unit media pasukan terbabit memperbaiki perkara itu segera.

Malah, tidak kurang juga ada penyokong yang sempat 'membahan' masalah audio berkenaan.

Azwan Rohim berkata: "Jangan sampai kami call Tan Sri (Mohd Daud). Sebelum majlis tak buat sound check dulu ka? Adoi, unit media ceroi."

Bayang Yang Hilang menambah: "Beli la mic elok sikit, malu kat orang. Orang buat live ampa pun kalut buat live. Tapi, tak reti cara buat live elok-elok.Belajar dari YouTube kalau segan tanya dekat orang."

Perli Sunny Mohd Noor: "Tolong bagi link Shoppee kat team media KDA FC untuk beli mic. Audio macam h***m j***h."

Tulis Faris Safwan: "Saya menyediakan khidmat mic FOC (secara percuma). Tali pakai cable.Sound anak perut boleh dengaq clear."

Kata Abu Humaira: "Mohon Tan Sri upgrade team media KDA FC." — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram