'Cemuih makan patin tempoyak', Hidalgo dah dapat tarikh 'sign' kontrak Sang Kenari


  • Podium
  • Rabu, 04 Jan 2023

Hidalgo merupakan watak penting yang membantu jentera serangan Sri Pahang selama dua tahun berturut-turut.

PERKHABARAN mengaitkan tonggak import Tok Gajah, Manuel Hidalgo yang dikatakan bakal ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hangat diperkatakan sejak musim lepas melabuhkan tirai.

Khabar angin berkaitan perpindahan pemain itu ke skuad Sang Kenari hampir pasti selepas ada cakap-cakap mengatakan Hidalgo yang memakai jersi nombor 88 di Sri Pahang FC, akan menandatangani kontrak dengan majikan baharu pada 7 Januari ini.

Ada kemungkinan perkara itu direalisasikan memandangkan pengurusan Kedah bakal membuatkan pengumuman pasukan Liga Super Kedah dan pemain import musim 2023 pada Khamis.

WhatsApp Image 2023-01-04 at 15.36.22

"Hidalgo dikhabarkan akan berangkat ke negeri Jelapang Padi pada 7 Januari ini bagi sesi menandatangani kontrak... apapun good luck (semoga berjaya) #88 (jersi Hidalgo)," tulis kapsyen pada gambar tersebut.

Sementara itu, di Twitter, ada penyokong mengusik Hidalgo mengatakan pemain tengah kelahiran Argentina itu difahamkan akan ke KDA FC kerana jemu makan berlaukkan ikan patin.

"Cemuih (Jemu) makan nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak serta sambal hitam, difahamkan Hidalgo teringin nasi kandar lauk sotong kuah campur banjir," katanya.

322863151_1296274604552047_7560940291315063972_n

Poster pengumuman majlis pengumuman pemain import antarabangsa pasukan Liga Super KDA FC musim 2023. — Facebook

Sementara itu, semakan Majoriti di laman rasmi Facebook Kedah Darul Aman FC mendapati, majlis pengumuman pemain import antarabangsa pasukan Liga Super KDA FC musim 2023 akan dibuat oleh pemilik kelab, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Majlis itu berlangsung di House of Sang Kenari, Kompleks Alor Setar, Kedah pada 9.30 pagi, Khamis.

Hidalgo merupakan watak penting yang membantu jentera serangan Sri Pahang selama dua tahun berturut-turut.

WhatsApp Image 2023-01-04 at 17.48.29 WhatsApp Image 2023-01-04 at 18.12.37

Dalam pada itu, berita perpindahan Hidalgo sudah disahkan oleh sumber kelab tersebut menerusi satu kenyataan yang tersebar di media sosial.

"Kepada penyokong, jangan cepat melenting. Kita memang terpaksa jual sebab pasukan tu datang dengan tawaran untuk tebus kontrak. Jadi banyak la juga benefit (manfaat) yang Sri Pahang FC dapat. Hidalgo pun memang dapat gaji tinggi di sana (Kedah)," katanya.

Musim ini, penyerang sayap berusia 23 tahun itu berhasil merekodkan tujuh gol dan 10 bantuan jaringan dalam 20 penampilan Liga Super bersama pasukan Sri Pahang.

Jika Hidalgo menandatangani kontrak bersama skuad KDA FC, ia bermakna pihak pengurusan Hijau Kuning membayar pampasan kepada Sri Pahang berikutan dia masih memiliki kontrak selama setahun dengan skuad Tok Gajah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram