Seperti diduga, bekas bintang sensasi Sri Pahang antara 3 import baharu Sang Kenari


  • Podium
  • Khamis, 05 Jan 2023

Hidalgo (dua dari kanan) antara pemain import baharu diumumkan KDA FC bagi musim 2023. — Instagram/Hidalgo

KEDAH Darul Aman (KDA) FC akhirnya berjaya melengkapkan kuota tonggak import dengan menandatangani tiga lagi pemain antarabangsa bagi memperkukuhkan lagi pasukan Sang Kenari sepanjang saingan Liga Super musim 2023.

Menerusi Majlis Pengumuman Pasukan Liga Super 2023, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar mengumumkan tiga pemain berkenaan ialah Bojan Ciger Dari Serbia sebagai tonggak pertahanan, penyerang berbisa dari Brazil iaitu Wilian Lira Sousa dan Manuel Hidalgo yang disambar daripada pasukan Sri Pahang FC.

Menerusi senarai pemain baharu yang diumumkan pada Khamis itu, perpindahan Hidalgo ke bumi Darul Aman sebelum ini sudah menjadi buah mulut dalam kalangan penyokong Sang Kenari dan Tok Gajah.

WhatsApp Image 2023-01-05 at 11.36.59

Hidalgo kekal menyarung jersi 88 bersama Kedah. — Facebook/KDAFC

Kedatangan pemain berusia 23 tahun itu ke Kedah semestinya mengecewakan penyokong skuad Tok Gajah berikutan dia merupakan antara tonggak import yang memberi sumbang besar buat Sri Pahang sepanjang musim 2022.

Dengan tiga pemain baharu itu, Kedah kini memiliki enam tonggak import termasuk Amirbek Juraboev (Tajikistan) dan Alan Jonathan Robertson (Afrika Selatan) dan Manuel Ott dari Terengganu FC yang turut bertugas sebagai jeneral tengah Sang Kenari pada saingan Liga Super musim depan.

gambar kedah

Antara tonggak import yang akan memperkukuhkan Sang Kenari pada musim depan. — Facebook/KDAFC

Perkembangan itu disahkan oleh pemilik kelab, Daud Bakar dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Rakan Rasmi dan Pengumuman pasukan Liga Super KDA FC 2023 di House of Sang Kenari 1924, Alor Setar, Kedah pada Khamis.

Dalam pada itu, Daud Bakar juga mengumumkan akan membawa pasukan Kedah ke Turkiye bagi menjalani sesi pra musim dengan mengadakan beberapa perlawanan menentang kelab di negara tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram