Akhirnya cabaran TMJ disahut, 'coach' senarai 7 sumbangan demi bola sepak


  • Podium
  • Ahad, 01 Jan 2023

Iskandar pernah menawarkan diri menjadi Presiden FAM selepas TMJ meletakkan jawatan.

BAGI yang mengikuti perkembangan bola sepak tanah air, pasti ramai sedia maklum mengenai isu berbangkit melibatkan perkembangan dan kejayaan pihak pengurusan.

Antara salah satu isu yang sering dibangkitkan adalah sumbangan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang mana orang ramai sering mempersoalkan ‘sumbangan‘ baginda dan JDT terhadap bola sepak Malaysia.

Tidak berdiam diri, TMJ menerusi kenyataan di InstaStory peribadinya baru-baru ini memberikan reaksi balas terhadap persoalan pihak tertentu mengenai sumbangannya dan JDT kepada pasukan kebangsaan.

TMJ turut menyenaraikan 10 sumbangan yang sudah dilakukan sepanjang berkecimpung di dalam dunia bola sepak Malaysia.

Baginda turut mencabar mana-mana pihak atau individu memberi satu nama individu lain yang melakukan sumbangan lebih daripadanya dalam meningkatkan kualiti bola sepak negara.

314406365_558048979660168_8672688890292630799_n

Idea Iskandar diterima oleh RMS untuk menubuhkan sports science department untuk Selangor FC. — Facebook/Selangor FC

Nampaknya seruan itu disahut oleh salah seorang jurulatih bola sepak yang pakar dalam bidang sains sukan terutamanya strength and conditioning iaitu Iskandar Salleh.

Perkara tersebut didedahkan di dalam ruangan komen Facebook Majoriti untuk artikel berkaitan.

Iskandar Salleh menyenaraikan tujuh sumbangan kepada bola sepak Malaysia termasuk memberikan idea kepada TMJ dan Raja Muda Selangor (RMS).

"Ini sumbangan saya yang tiada duit setakat ini, pertama pada 2018, idea saya diterima oleh RMS untuk menubuhkan sports science department untuk Selangor FC.

"Kedua, modul latihan strength and conditioning saya diguna pakai oleh Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail sejak 2018 sehingga kini dan Mukhairi Ajmal antara pemain yang terlibat," katanya.

312632206_555946466537086_6174889334698585152_n

Mukhairi Ajmal antara pemain yang terlibat dalam modul latihan strength and conditioning yang dibuat Iskandar. Facebook/Selangor FC

Tambahnya lagi, dia turut bertanggungjawab menjadikan pemain kebangsaan, Haqimi Rosli seperti sekarang dan menawarkan diri sebagai Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

"Ketiga, develop strength and conditioning Haqimi Rosli, 19 tahun sebelum menyertai Kuala Lumpur City FC.

"Keempat, memberikan khidmat nasihat secara percuma mengenai strength and conditioning kepada berpuluh jurulatih serta pemain termasuk pemain JDT.

"Kelima, menawarkan diri menjadi Presiden FAM bagi mengantikan TMJ," ujarnya.

Eefp35yUEAAecsA

Iskandar pernah menyerahkan proposal mengenai strength and conditioning kepada TMJ pada 2014 dan 2018. Facebook/JDT

Iskandar turut mendedahkan pernah bertemu TMJ dan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin bagi membentangkan proposal strength and conditioning buat pemain-pemain kebangsaan.

"Keenam, pada 2013, saya bentang proposal mengenai strength and conditioning kepada Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM.

"Ketujuh, saya pernah menyerahkan proposal mengenai strength and conditioning kepada TMJ pada 2014 dan 2018," jelasnya.

Walau apa pun yang berlaku, sama ada secara belakang tadbir mahupun depan anda semua insan yang hebat kerana berjaya membantu meningkatkan mutu bola sepak di negara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram