'Hanya persinggahan', penyokong tak restu Dion Cools ke liga negara jiran


  • Podium
  • Sabtu, 24 Dis 2022

Cools menjadi salah satu watak penting yang membawa negara beraksi di pentas Piala Asia 2023 secara merit.

PERTAHANAN tengah kebangsaan, Dion Cools dikatakan akan menyertai saingan Liga Thailand untuk musim depan selepas kontrak bersama FK Jablonec akan tamat pada penghujung musim ini.

Perkara tersebut dilaporkan menerusi salah satu laman sukan di Thailand iaitu One Man Show dengan memaparkan gambar Cools pada Selasa.

Khabar angin ini secara tidak langsung menggembirakan penyokong-penyokong Buriram yang menganggap Cools sebagai seorang pemain berkelas dunia.

FkoFFMcaMAAYaW7

Cools bersama FK Jablonec di Czech Republic.

Sebelum ini, Dion Cools kerap dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi dari selatan, Johor Darul Takzim (JDT) untuk beraksi di Liga Malaysia dalam saingan musim depan.

Untuk rekod ketika Cools bersama FK Jablonec di Czech Republic, pemain tersebut meledak satu gol serta mencipta satu bantuan jaringan semasa tampil selaku tonggak pertahanan.

Aksi Cools juga jelas sangat konsisten, selepas dia sering menjadi tunjang utama untuk tersenarai dalam kesebelasan utama bersama FK Jablonec.

87553337_2759953454124579_6685779983987638272_o

Buriram United merupakan pasukan gergasi di Liga Thailand.

Namun perpindahan Cools ke Thailand mendapat reaksi negatif penyokong bola sepak tempatan dengan mengatakan ini hanyalah sebuah persinggahan sebelum sertai JDT.

"Kenapa tak kekal bermain di Eropah sahaja Dion Cools?" luah Wasef Kesarat.

"Sama macam Sumareh dulu, sibuk-sibuk cakap Selangor beli guna pintu belakang, sekali singgah Thailand dulu lepas itu sudahnya sekarang entah main dekat mana?" soal Mohammad Safuwan.

"Buriram ini hanya tempat persinggahan sementara sebelum ke sana, itu skrip yang berlaku ke atas pemain bintang," ujar Seniman Desa.

safawi

JDT turut mengesahkan Safawi akan bersama Ratchaburi FC secara pinjaman, seperti mana pemain import Moussa Sidibe.

Cools yang juga pemain warisan Belgium-Malaysia menjadi salah satu watak penting yang membawa negara beraksi di pentas Piala Asia 2023 secara merit pada pertengahan tahun ini.

Jika benar Cools bakal sertai Buriram United, ia akan menjadi suatu pertemuan yang unik membabitkan dia bersama penyerang kebangsaan iaitu Safawi Rasid.

Sebelum ini JDT turut mengesahkan Safawi akan bersama Ratchaburi FC secara pinjaman bersama seorang lagi pemain import Moussa Sidibe. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Dion Cools, JDT, Buriram United, FK Jablonec,