Fans Indonesia 'jeles' Harimau Malaya kini ada Aguero... 'Hanya menang dengan team lemah'


  • Podium
  • Isnin, 26 Dis 2022

Penyokong Indonesia seolah-olah cemburu melihat kejayaan Malaysia ketika membenam Laos 5-0 dalam aksi Piala AFF pada Sabtu. — Facebook/FAM

SKUAD kebangsaan jelas berpesta jaringan apabila membelasah Laos 5-0 dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut Harimau Malaya selepas merekodkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B sebelum ini.

Kemenangan itu cukup bermakna buat Malaysia bagi memberikan tekanan kepada dua lagi pasukan terkuat dalam kumpulan iaitu Vietnam dan Singapura.

Sergio-Aguero

Hantaran silang Fazly Mazlan berjaya ditampan masuk oleh Sergio Aguero pada minit ke-29. — Facebook/FAM

Dalam perlawanan itu, Malaysia mendominasi permainan namun deretan peluang yang dihasilkan gagal diterjemahkan kepada jaringan.

Selepas percubaan demi percubaan, bolos jua gawang Laos apabila hantaran silang Fazly Mazlan berjaya ditampan masuk oleh Sergio Aguero pada minit ke-29.

Dua gol pantas daripada Faisal Halim dalam separuh masa kedua menjadikan kedudukan 3-0 sekali gus menyaksikan perlawanan sudah menjadi milik Malaysia.

Malaysia terus mengasak kubu pertahanan Laos dapat usaha mendapatkan lebih banyak jaringan, dua lagi gol terhasil menerusi Haqimi Azim dan Stuart Wilkin memastikan Malaysia menamatkan permainan dengan keputusan 5-0.

321892422_690362305861977_2105902078434521955_n

Kemenangan skuad kendalian Kim Pan-gon tidak dapat diterima penyokong Indonesia. — Facebook/FAM

Cuma biasalah, kemenangan skuad kendalian Kim Pan-gon sekali lagi tidak dapat diterima penyokong Indonesia apabila mereka mengatakan Malaysia hanya mampu menewaskan pasukan yang lemah.

"Ada pemain JDT pun susah nak masuk final, apatah lagi pemain JDT tak ada, ucap selamat tinggal sahajalah," kata @Rizki_9826.

"Ini baru lawan Laos, belum tengok lagi nanti lawan Vietnam atau Singapura," ujar @Zidane_hh.

"Tak sia-sia import banyak pemain, kalau kalah memalukan sahaja," jelas @Dwico_Prasetyo.

321985798_743205676669695_8697848941943973388_n

Penyokong Indonesia seolah-olah menyindir kehadiran Sergio Aguero dalam skuad kebangsaan. — Facebook/FAM

Tidak cukup dengan itu, rata-rata penyokong Indonesia turut menyindir pemain terbaik perlawanan (MOTM), Sergio Aguero dengan menyatakan Malaysia memerlukan pemain Argentina untuk menang bertemu Laos memandangkan nama penyerang naturalisasi itu sama dengan bekas penyerang Manchester City dan Barcelona, Sergio Aguero.

"Aguero dah jadi rakyat Malaysia?" soal @T_Eriandoko301.

"Manchester City hanya batu loncatan untuk bermain di Malaysia," kata @Rezkyyayang.

"Ternyata Aguero lebih memilih bermain di Piala AFF daripada Piala Dunia," tulis @Dede_ar10.

"Nama tak bunyi macam orang Malaysia pun bagi saya," sindir @Haremqueenbellydance.

322138682_1166583593968313_6295642227628627081_n

Harimau Malaya akan bertemu Vietnam dalam aksi ketiga kumpulan pada Selasa. Facebook/FAM

Pasukan kebangsaan kini sudah tiba di bumi Vietnam bagi menghadapi cabaran pasukan yang menghuni ranking ke-96 dunia pada Selasa.

Selepas dua perlawanan Kumpulan B, Malaysia kini mendahului saingan kumpulan dengan kelebihan tiga mata di depan Vietnam (kedua) dan Singapura (ketiga) yang baru beraksi sekali dan dipisahkan dengan perbezaan jumlah gol manakala Myanmar dan Laos di tangga dua tercorot tanpa mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram