eMFL Fans Cup beri pengalaman kepada peminat jadi pemain pro eSukan FIFA 23


  • eSports
  • Sabtu, 10 Dis 2022

Tujuan utama eMFL Fans Cup diperkenalkan adalah untuk menghargai peminat eSukan dan ia terbuka bagi semua warganegara Malaysia.

BAGI menghargai sokongan peminat eSukan yang menyokong perkembangan kejohanan eMFL sejak kebelakangan ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Gamesbond sekali lagi memperkenalkan anda dengan kejohanan eMFL Fans Cup yang dibuat khas untuk menghargai semua peminat eSukan di seluruh negara.

Pertandingan ini mempunyai empat pusingan kelayakan dan dua pemain terbaik akan mara ke pusingan Grand Final yang bakal diadakan pada 23 hingga 25 Disember ini.

318064300_703094754590693_3383276435285101097_n

eMFL Fans Cup akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM10,000.

Kejohanan ini bakal menggunakan mode FIFA Ultimate Team (FUT23) dan terbuka kepada semua pemain daripada Malaysia sahaja.

Menurut Pengasas Gamesbond, Suki Lee berkata, tujuan utama eMFL Fans Cup diperkenalkan adalah untuk menghargai peminat eSukan dan ia terbuka bagi semua warganegara Malaysia untuk sertai pertandingan itu.

"eMFL Fans Cup adalah kejohanan FIFA23 anjuran PlayStation yang mana ia diadakan bagi menghargai sokongan penyokong yang menyokong perkembangan kejohanan eMFL saban tahun.

"Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

"Empat pusingan kelayakan akan diadakan dan dua pemain terbaik daripada setiap pusingan akan mara ke Grand Final.

"Lapan pemain akan berentap di pusingan Grand final yang akan dijadualkan pada hujung Disember nanti," katanya pada Majoriti.

318807519_705906907642811_6394449960289334731_n

Kejohanan ini bakal menggunakan mode FIFA Ultimate Team (FUT23) dan terbuka kepada semua pemain daripada Malaysia sahaja.

Tambahnya lagi, setiap pusingan kelayakan dalam eMFL Fans Cup akan menggunakan format yang berlainan.

"Setiap pusingan kelayakan akan dimainkan menggunakan format single elimination bracket.

"Manakala untuk pusingan Grand final bakal menggunakan format double elimination bracket," jelasnya.

Menurut Suki, pertandingan ini adalah salah satu insiatif MFL dan Gamesbond untuk menarik lebih lagi orang ramai kenal akan dunia eSukan tempatan.

"Kami yakin ini adalah salah satu cabang usaha buat MFL dan Gamesbond untuk memupuk minat terhadap ekosistem eSukan kepada penyokong bola sepak di Malaysia," katanya.

eMFL Fans Cup akan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM10,000.

Juara akan membawa pulang hadiah sebanyak RM4,000 , naib juara RM3,000, tempat ketiga dan keempat RM750 manakala tempat kelima hingga kelapan akan membawa pulang RM400. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

eMFL Fans Cup, Gamesbond, MFL, FIFA23