DUNIA e-sports kini semakin mendapat perhatian anak muda sehinggakan menjadi satu ikutan bagi mereka untuk bergelar 'gamers' sepenuh masa.
Namun, realiti disebalik kejayaan seseorang individu dalam dunia 'gaming' memerlukan dedikasi yang tinggi dengan penuh minat dan kesabaran.
Bagi menceburi bidang e-sports, individu tersebut haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal serta bertemankan ilmu bagi merealisasikan impian menjadi 'gamers' yang berjaya.
Karier bagi pemain e-sports bergantung kepada tahap kebolehan dan kemampuan seseorang.
Menurut pengurus e-sports, Aris Danial, 23 sekiranya seseorang mahu menjadi pemain yang profesional, mereka harus berdisiplin dalam membahagikan masa serta individu itu harus mempunyai matlamat yang jelas.
"Seorang pemain e-sports profesional perlulah mempunyai disiplin yang tinggi serta bijak membahagikan masa supaya dapat menunjukkan contoh yang baik dan juga menjadi teladan yang baik kepada masyarakat ataupun komuniti e-sports di negara ini.
"Individu yang ingin bergelar pemain e-sports perlu mempunyai perancangan yang jelas terhadap bidang yang ingin diceburi," katanya kepada Majoriti.
Tambahnya lagi, tempoh karier bagi pemain e-sports bergantung kepada tahap kebolehan dan kemampuan seseorang itu selain berpendapat jenis permainan yang dimainkan turut memberi kesan.
Oleh itu, Aris menasihatkan seseorang itu agar tidak mengabaikan pembelajaran jika ingin berhasrat untuk bergelar pemain profesional e-sports.
"Mengabaikan pelajaran demi bermain game sudah pasti akan memberi kesan pada seseorang individu.
"Namun, pembahagian masa yang baik adalah cara yang paling efektif untuk mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara seperti ketinggalan dalam pembelajaran dan juga mendapat keputusan yang kurang baik dalam peperiksaan," ujarnya.
Individu yang ingin bergelar pemain esports perlu menitik beratkan beberapa aspek seperti pelajaran.
Sementara itu, Aris juga sempat memberikan tiga pesanan penting kepada individu yang ingin bergelar pemain e-sports.
"Pertama, Individu yang ingin bergelar pemain e-sports perlu menitik beratkan beberapa aspek seperti pelajaran seharusnya diutamakan.
"Kedua, tahap kompetitif permainan yang ingin diceburi dan akhir sekali perlu ada perancangan yang kukuh sebelum, semasa dan selepas menjadi pemain e-sports," jelasnya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram