JDT|GBX rangkul kejuaraan sulung, mahu fokus rebut 2 lagi takhta antarabangsa


JDT|GBX Esports sah dinobatkan sebagai juara Unifi ePiala Malaysia 2022.

PASUKAN JDT|GBX Esports sah dinobatkan sebagai juara Unifi ePiala Malaysia 2022 selepas berjaya menumpaskan Terengganu FC di pusingan akhir kejohanan tersebut pada Jumaat.

JDT|GBX yang diwakili pemain-pemain handal seperti Chamack, Akmal, dan Halowake berjaya mengalahkan pasukan Terengganu 4-3 pada peringkat Grand Final.

Menerusi kemenangan itu, JDT|GBX berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

JDT|GBX merupakan pasukan e-sukan yang bekerjasama dengan kelab bola sepak tersohor Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT).

Sebelum melangkah ke peringkat akhir, JDT|GBX Esports berjaya menumpaskan pasukan UiTM FC di saingan Unifi ePiala Malaysia 2022 dengan keputusan 7-5 pada peringkat separuh akhir.

317086303_568056021993458_7347571435318640967_n

JDT|GBX berjaya mengalahkan pasukan Terengganu 4-3 pada peringkat Grand Final.

Menurut pemain JDT|GBX Esports, Ahmad Akmal, 21, dia gembira dapat membantu JDT menjuarai ePiala Malaysia buat pertama kalinya dan tidak merasakan sebarang bebanan walaupun sudah menjuarai kejohanan tersebut buat kali kedua secara peribadi.

"Saya dan rakan berasa sangat gembira kerana dapat menjulang trofi pertama kami untuk JDT musim ini, sebagai pasukan favourites kami cuba sebaik mungkin mempersembahkan aksi terbaik.

"Saya tak rasa ia satu bebanan kerana tahu saya dan pasukan adalah antara yang terbaik di Asia dan berasaskan bakat dan keupayaan kami dapat menewaskan sesiapa saja," katanya pada Majoriti.

1836605

Akmal gembira berjaya membantu JDT menjuarai ePiala Malaysia buat pertama kalinya.

Akmal berkata, ketika di final, Terengganu memberikan tentangan sengit namun dia dan rakan pasukan berjaya mengatasi halangan tersebut.

"Perlawanan itu tidak seperti yang dijangkakan kerana pada mulanya kami mendahului dan menjangka Terengganu akan bermain secara bertahan tapi mujur kami dapat exploit kelemahan mereka dengan baik sebelum mencatat kemenangan," jelasnya.

Tambahnya lagi, kini dia bersama rakan sepasukan akan fokus kepada kejohanan seterusnya iaitu FIFAe Global Series dan kelayakan FIFA eClub.

"Target utama kami untuk setiap kejohanan adalah menjadi juara," jelasnya.

317294139_568885031910557_5759202584117431658_n

JDT|GBX turut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM12,000.

Sebelum ini, pasukan GBX Esports berjaya mengangkat nama Malaysia apabila ditempatkan dalam ranking 14 pasukan esports terbaik di dunia.

Bukan sahaja berjaya menempatkan diri di antara kelompok 20 pasukan esports terbaik dunia, JDT|GBX Esports juga turut memegang takhta pasukan terbaik di rantau Asia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan