SYARIKAT permainan video, Electronic Arts (EA) mengumumkan produk seterusnya untuk simulasi bola sepak keluarannya iaitu FIFA 23 akan dilancarkan secara rasmi pada akhir September nanti.
Ia untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.
Antara pembaharuan yang disertakan adalah fungsi rentas platform yang sebelum ini diuji di FIFA 22 akan disertakan secara rasmi. Ia akan menyokong rentas platform di antara PlayStation 5, Xbox Series dan PC manakala PlayStation 4 akan menyokong rentas platform dengan Xbox One.
FIFA 23 juga buat pertama kali akan menyertakan liga bola sepak wanita iaitu Barclays Women’s Super League dan Division 1 Arkema. Tambahan pada itu, Piala Dunia Qatar 2022 dan Piala Dunia Wanita Australia dan New Zealand 2023 akan tiba dalam bentuk kemaskini.
EA juga mengumumkan yang FIFA 23 akan menyokong Hypermotion2 iaitu teknologi menjadikan sesi permainan lebih realistik. — Agensi
EA juga mengumumkan FIFA 23 di generasi konsol terkini dan buat pertama kali di PC akan menyokong Hypermotion 2.0 iaitu teknologi yang menjadikan sesi permainan lebih realistik.
Melalui versi baharu ini, ia akan memberi pengalaman bermain yang lebih baik.
Perkara ini turut diakui oleh pemain profesional FIFA yang mewakili pasukan GBX Esports.
Menurut pemain profesional FIFA, Muhammad Imran Burhanudeen, 25, dia berasa teruja dengan keluaran video permainan baharu FIFA 23 dan ini merupakan cabaran besar bagi dirinya untuk layak ke acara FIFA.
"Saya sebenarnya sangat teruja, memandangkan prestasi saya secara individu dan rakan sepasukan GBX boleh dianggap bagus.
"Kita pergi lebih jauh dan boleh dikatakan “unlock a new level”, jadi kami memang sangat teruja untuk berusaha dan mahukan ke peringkat yang lebih jauh.
"Cabaran paling besar bagi saya adalah untuk melayakkan diri ke live event. Saya rasa FIFA 22 mempunyai beberapa peluang dan sangat hampir, tetapi tiada rezeki lagi," katanya kepada Majoriti.
Tambahnya lagi, ciri-ciri teknologi baharu dalam FIFA 23 akan membuat permainan itu bertambah baik dan dalam masa sama mengharapkan ada penambahbaikan.
"Hypermotion 2.0, berdasarkan kepada analisa FIFA 23 yang awal, terdapat beberapa features yang kelihatan lebih menarik dan menuju ke arah permainan manual dan kurang bergantung kepada AI.
"Sejujurnya, saya harap FIFA 23 akan lebih baik dari sebelumnya segi mekanisma dan features.
"Sejujurnya saya rasa FIFA 19,20,21 agak kurang seronok tetapi FIFA 22 memang saya enjoy, sebab banyak formasi yang dianggap meta dan pelbagai variasi cara permainan. Jadi, saya harap FIFA 23 akan lebih best, seperti FIFA 16 hingga 18 dahulu," ujarnya.
FIFA pada lewat tahun depan akan dikenali sebagai EA Sports FC. — Agensi
Sesi pra-tempahan untuk FIFA 23 sudah dibuka dengan pemain yang membeli FIFA 23 Ultimate Edition akan dapat bermain dengan lebih awal iaitu pada 27 September 2022.
Ini adalah kali terakhir permainan simulasi bola sepak oleh EA akan menggunakan jenama FIFA, dengan permainan seterusnya dijangka tiba pada 2023 akan dikenali sebagai EA Sports. —Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram