DEBARAN semakin terasa apabila empat pasukan terakhir berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir ePiala Malaysia 2022.
Empat pasukan tersebut ialah UiTM FC, Selangor FC, Johor Darul Takzim dan Terengganu FC yang memburu slot terakhir sejurus sahaja perlawanan separuh akhir tamat.
Sebanyak 16 pasukan bertanding di ePiala Malaysia untuk merebut gelaran juara pada tahun ini, namun hanya dua pasukan terbaik yang bakal melangkah ke pentas akhir kejohanan tersebut.
Akmal berazam untuk memenangi ePiala Malaysia 2022 bersama JDT.
Menurut pemain JDT|GBX Esports, Ahmad Akmal, 21, berkata, dia berasa teruja kerana berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan bersedia menghadapi pihak lawan iaitu UiTM FC.
"Perasaan saya semestinya sangat bangga dan teruja kerana ePiala Malaysia merupakan kejohanan pertama saya dan pasukan sertai musim ini.
"Jangkaan saya amat tinggi dan tidak sabar untuk bermain di peringkat separuh akhir nanti.
" UiTM FC merupakan satu pasukan yang sangat berbakat dan berpotensi tinggi.
"Corak permainan Rajabos dan Robben boleh dikatakan agak unik compared to other 2v2 teams but rest assured kami akan bersedia menghadapi cabaran ini," katanya pada Majoriti.
UiTM FC, Selangor FC, Johor Darul Takzim dan Terengganu FC antara pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir ePiala Malaysia 2022.
Akmal berkata, gelaran juara musim lalu tidak memberikan sebarang tekanan kepada dia dan turut akan memastikan JDT akan bergelar juara untuk edisi kali ini.
"Tekanan bekas juara itu biasanya datang dari diri sendiri, sebab saya tahu potensi dan kemampuan pasukan.
"Tetapi saya akan pastikan kejuaraan akan kekal di tangan saya dan JDT.
"Boleh dikatakan persiapan kami agak lama sejurus sahaja format ePiala Malaysia keluar memang saya dan pasukan terus memulakan latihan," ujarnya.
Tambahnya lagi, dia berharap dapat mengakhiri edisi kali ini sebagai juara bersama JDT dan bersedia menghadapi segala cabaran yang diberikan pihak lawan.
"Harapan saya sentiasa untuk menjadi juara! Pasukan saya more than good enough to beat any team dan kami bersedia menerima sebarang cabaran yang akan datang.
"Di antara Selangor dan Terengganu, secara peribadi saya lebih memilih untuk bertemu Selangor di pentas akhir kerana salah seorang dari pemain mereka merupakan kawan saya dari kecil.
"Jadi ini akan menjadikan satu momen berharga untuk kami berjumpa di pentas akhir ePiala Malaysia 2022," jelasnya.
Hadiah keseluruhan sebanyak RM30,000 dan merupakan yang tertinggi setakat ini untuk kategori eSukan FIFA23.
Kejohanan sukan elektronik bola sepak yang dikelolakan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dengan kerjasama Gamesbond itu menggunakan format baharu iaitu format duo (dua pemain setiap pasukan) FIFA Ultimate Team bagi mengharungi pusingan kalah mati.
Hadiah keseluruhan sebanyak RM30,000 dan merupakan yang tertinggi setakat ini untuk kategori eSukan FIFA23.
Perlawanan separuh akhir dan akhir akan disiarkan secara langsung melalui Youtube unifi, Facebook MFL dan Gamesbond bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam pada hari perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram