EPL tangguh semua perlawanan


  • Podium
  • Jumaat, 09 Sep 2022

Penyokong West Ham memberi penghormatan kepada Ratu Elizabeth II pada Khamis. — Agensi

LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) mengesahkan bahawa semua perlawanan pada hujung minggu ini ditangguhkan berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Terdahulu, Istana Buckingham mengesahkan pada Jumaat bahawa ratu yang paling lama berkhidmat buat monarki negara itu mangkat di Istana Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun.

Dalam satu kenyataan rasmi, jurucakap EPL menulis: "Pada mesyuarat pagi ini (Jumaat), kelab EPL memberi penghormatan kepada Duli Yang Maha Mulia, Ratu Elizabeth II.

"Untuk menghormati dedikasi dan sumbangannya yang luar biasa kepada negara, dan sebagai tanda penghormatan, pusingan perlawanan EPL hujung minggu ini akan ditangguhkan, termasuk perlawanan petang Isnin."

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif EPL, Richard Masters berkata: “Kami dan kelab kami ingin memberi penghormatan kepada perkhidmatan Yang Maha Mulia (Her Royal Highness) yang tidak berbelah bahagi kepada negara kami.

"Sebagai ratu yang paling lama berkhidmat, baginda telah menjadi inspirasi dan meninggalkan legasi yang luar biasa berikutan kehidupan yang berdedikasi.

"Ini merupakan detik suram bukan sahaja untuk negara ini (Britain) tetapi juga untuk berjuta-juta orang di seluruh dunia yang mengagumi baginda, dan kami turut dengan berkabung atas pemergiannya." — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram